Retreat BN 2021: Pastikan BN relevan hadapi PRU-15

0
322
Retreat BN 2021: Pastikan BN relevan hadapi PRU-15

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata hari ini semua pimpinan utama BN berkumpul mengadakan Retreat BN 2021.

Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, ia adalah program yang bersejarah dalam usaha BN untuk mengambil iktibar dan belajar dari pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Katanya, Melaka adalah langkah penting untuk membuat anjakan bagi BN.

“Semua Presiden parti UMNO, MCA, MIC dan PBRS serta pimpinan utama berkumpul mendengar analisis dari pelbagai pandangan dari luar lingkungan parti.

“Kami mendengar dan mengikuti setiap pandangan, kritikan, dan langkah-langkah ke hadapan untuk menjadikan BN relevan bagi menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Moga usaha ini akan memberikan makna penting dalam usaha membina semula naratif BN yang baik dan mengekalkan kestabilan untuk rakyat,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Begitu juga bagi Pengerusi Pemuda BN Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata pemukiman itu adalah untuk melakukan muhasabah dan retrospektif parti berdasarkan keputusan PRN Melaka dan suasana politik semasa bagi melakarkan gerak kerja yang lebih tersusun demi pemerksaan dan pemantapan parti.

“Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dalam perutusan pembukaannya menegaskan keperluan untuk keseluruhan barisan kepimpinan membuang ‘sindrom penafian’ dan bersikap terbuka untuk mendengar kritikan dan pandangan yang berbeza walaupun perit bagi memastikan parti dapat melakukan pembaikan ke arah lebih positif demi kemaslahatan rakyat.

“Keberanian kepimpinan khususnya Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN menampilkan 87% muka-muka baharu dan calon-calon muda yang berintegriti dan bebas daripada sebarang kontroversi antara faktor penting bagi menzahirkan kesediaan BN untuk berubah ke arah kebaikan,” katanya dalam platform media sosial yang sama.

Insya-Allah, formula yang sama boleh digunakan untuk memastikan BN kembali diterima oleh rakyat di semua peringkat dalam PRU-15 akan datang, tambahnya.

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.