Sejak semalam negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti sejak Jumaat lalu. Berikutan banjir berlaku, ramai yang tersangkut di jalan raya kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan yang dinaiki air.
Malah, ada lagi mangsa banjir yang terperangkap di bumbung rumah berjam lamanya sementara menunggu pasukan bantuan untuk menyelamatkan mereka.
Namun, disebalik kesusahan rakyat, tular perkongsian seorang netizen yang mempersoalkan menantu Perdana Menteri iaitu yang juga pereka fesyen terkenal yang diselamatkan dengan menaiki helikopter.
Menerusi satu perkongsian, netizen itu turut berkongsikan Insta Story menantu PM itu yang memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan mustahil untuknya pulang ke rumah disebabkan banjir.
Kemudian, menantu PM itu dilihat memuat naik pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter serta berkongsikan gambar akhirnya dapat bersama anaknya berserta kapsyen ‘home sweet home’.
Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang netizen yang mengecam tindakannya itu apabila menayang di Instagram sedangkan ada yang tersangkut di atas bumbung serta tidur di dalam hujan dan terperangkap di dalam kereta.
Sementara itu, netizen mengatakan perkongsian tersebut sudah pun di padam daripada Insta Story miliknya. Mungkin sedar tindakannya itu mengudang kecaman ramai.