Projek RTS itu sebenarnya ditangguhkan sekali lagi ke? – Najib Razak

Pada pagi 31 Oktober iaitu sebelum PM ke-7 umumkan projek Sistem Rail Transit (RTS) Johor-Singapura akan diteruskan dengan penjimatan kos sebagai umpan PRK Tanjung Piai, Menteri Pengangkutan DAP Anthony Loke amat marah.

Kerana media The Star telah melaporkan bahawa Malaysia telah sekali lagi meminta tangguhan 6 bulan untuk RTS dari Singapura – iaitu permintaan lanjutan ketiga.

Anthony Loke kata mana ada lanjutan?’

Lalu melalui kenyataan media, Anthony bidas The Star sebagai fake news and menuduh mereka tidak beretika.dan sangat mengelirukan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/31/loke-bidas-laporan-the-star-berhubung-lanjutan-rts/

PM ke-7 nak umum RTS diteruskan pada petang untuk menarik undi, The Star dah pagi-pagi berani lapor projek RTS itu sebenarnya ditangguhkan sekali lagi ke?

Mana boleh? Oleh itu Anthony Loke pun bidas The Star.

Tapi semalam, Menteri pengangkutan Singapura pula memberi jawapan bertulis Parlimen bahawa Malaysia telah meminta lanjutan 6 bulan pada 29 Oktober – seperti apa dilaporkan oleh The Star.

“In a written parliamentary reply on Monday (Nov 4), Mr Khaw revealed that Malaysia had requested on Oct 29 to extend the suspension of the RTS project for a third time, till April 30, 2020.”
https://www.straitstimes.com/politics/parliament-spore-and-msia-have-to-sign-3-agreements-on-rts-by-april-2020-says-khaw

Lagi menjahanamkan Anthony ialah Singapura turut melaporkan bahawa perubahan yang diumumkan oleh PM ke-7 termasuk penurunan kos dan dan menukar sistem tren dari MRT ke LRT juga tidak dimaklumkan kepada pihak Singapura masa itu – seperti apa yang saya jangka dalam posting saya hari itu.

Dan Singapura juga mengesahkan bahawa mereka tidak wajib untuk menerima perubahan-perubahan yang diumumkan oleh PM ke-7 hari itu.

Sekarang, Anthony Loke perlu jawab:

Menteri Pengangkutan Malaysia telah menipu Rakyat ke atau Menteri Pengangkutan Singapura telah menipu Parlimen Singapura?

Jika begitu, apa yang PM ke-7 dan Anthony Loke sebenarnya umum hari itu ialah projek RTS tertangguh lagi dan juga kebarangkalian bahawa projek RTS bakal dibatalkan jika Singapura tidak bersetuju dengan perubahan yang diumumkan Malaysia.

Facebook Najib Razak

Pada pagi 31 Oktober iaitu sebelum PM ke-7 umumkan projek Sistem Rail Transit (RTS) Johor-Singapura akan diteruskan…

Gepostet von Najib Razak am Montag, 4. November 2019