#PRKKimanis: Mahathir perlekeh pilihan rakyat

0
308
Kuasa, jawatan dan ego itu tidak boleh dibawa ke akhirat. | pakdin.my

Tun Mahathir kata Warisan/PH kalah di Kimanis sebab rakyat belum rasa kebaikan pemerintahan PH.

Sebenarnya Warisan/PH kalah sebab rakyat sudah terlebih rasa dan semakin sengsara akibat keburukan pemerintahan PH.

Dulu PH kata “baru kahwin takkan dah nak dapat anak”.

Namun kini sudah hampir dua tahun sejak PRU-14, janji tidak tunai malah keadaan menjadi semakin mudarat.

Bila sudah kalah beginipun Tun masih mahu bermain-main dengan kata-kata seolah memperlekehkan pilihan rakyat.

Jawatan pun mahu pegang sampai dua walaupun kederat dan ingatan sudah tidak seberapa.

Adakah Tun mahu berpegang kepada kuasa sehingga ke hujung nyawa walau apa pun yang menimpa rakyat dan negara?

Kembalilah ke jalan Allah, Tun. Kuasa, jawatan dan ego itu tidak boleh dibawa ke akhirat.

Oleh: Isham Jalil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.