#PRKDUNSungaiKandis: Calon PH, seorang agamawan Kantoi Menipu? Bekas Calon PAS Nafi Sokong PH

#UndiBarisanNasional #TolakKerajaanTomato

Bekas calon PAS, Mohd Yusof Abdullah yang bertanding di DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu tampil menafikan dakwaan kononnya beliau menzahirkan sokongan kepada calon PH Mohd Zawawi Mughni yang bertanding mempertahankan kerusi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Mohd Zawawi dalam kenyataan yang dipetik dari Sinar Online sebelum ini mendakwa ketika melawat bekas calon PAS itu di rumahnya, Mohd Yusof telah menyatakan sokongan terbuka dan berjanji akan mengajak anak-anak serta rakan-rakannya mengundi PH.

“Saya ada mengunjungi bekas calon Pas di Dun Sungai Kandis pada PRU14 dan beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada PH,” kata Mohd Zawawi.

Mengulas dakwaan tersebut, Mohd Yusof yang sedang terlantar sakit menyifatkan kenyataannya sengaja dimanipulasikan untuk kepentingan PH.

“Kenyataan saya telah dimanipulasikan. Maaf, saya perlu membetulkan berita yang telah disiarkan ini. Benar, Ustaz Zawawi Mughni, ada mengunjungi saya di rumah. Berkebetulan saya sedang terlantar sakit sejak sebulan yang lalu.

“Saya meraikan kedatangan beliau walaupun dalam suasana kehangatan kempen pilihan raya. Saya tidak pasti sama ada berita yang disiarkan adalah kenyataan dari Ustaz Zawawi sendiri atau tafsiran media.

“Apabila calon berkenaan meminta sokongan dan bantuan saya untuk ahli-ahli serta pengundi PAS mengundi beliau, secara tegas saya telah nyatakan bahawa pendirian saya adalah selaras dengan pendirian PAS. Saya tiada kuasa dan hak mengubahnya.

“Saya juga menyatakan bahawa soal pilihan dan sokongan adalah hak individu masing-masing. Tiada arahan rasmi untuk mengundi mana-mana calon dalam PRK Sungai Kandis ini,” ujar Mohd Yusof dipetik dari laporan HarakahDaily.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di laman sosial berkaitan isu ini mendapati kebanyakan netizen dipercayai penyokong PAS mengecam tindakan calon PH kerana memanipulasi dan didakwa menipu kenyataan berkenaan bekas calon PAS itu.

“Guru tahfiz pon kaki penipu,, nampak terdesak sangat dah puak ph ni mengelabah takut kalah latu,, itulah bila dah bersama parti kencing rakyat n menjadi kuda tunggangan dap harbi guru tahfiz pon boleh berubah menjadi bapak penipu,” kata Kamal Ariffn di ruangan komen Facebook Sinar Online.

“Ph mmg suka amik kesempatan…jumpa salam tangan amik gambar then viral…pastu cakap dia sokong ph,” kata Hidhr Husseyin secara sinis di ruangan komen yang sama.

“Takkan pengetua Tafiz nak menipu….? tak caya la, Dah suci tu dah direstu oleh kepala2 penyuci 4 partai jgn main2,” kata Al Imran pula.

Baca selanjutnya di http://suara.tv

…………….
https://huluselangor.com/tag/prk-sungai-kandis/

More From Forest Beat

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap...

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
PILIHAN RAYA
1
minute
Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor calon PN di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor calon PN di PRK DUN Kuala...

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama gabungan politik berkenaan di Batang Kali malam ini 25 April...
PILIHAN RAYA
0
minutes

PRK DUN Kuala Kubu Bharu bermula esok

Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC).
PILIHAN RAYA
0
minutes

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute
spot_imgspot_img