Ziarah Kasih Calon bersama Ahli parlimen Pekan yang juga pengerusi lembaga penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kg Salong, Chini serta pandangan Datuk Seri Najib terhadap Calon BN bagi PRK N23 Chini, Mohd Sharim Md Zain
#BN4Chini
#MuafakatDemikestabilan
“Saya melihat bahawa calon kita Mohd Sharim mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dikalangan semua pengundi samada golongan muda mahupun golongan yang sudah berumur sebab saudara Sharim ada ketokohan sebagai seorang pemimpin dan biasa membuat kerja-kerja kemasyarakatan iaitu membantu arwah Abu Bakar Harun jadi orang dikawasan ini mengenali beliau.
“Sebab itu saya tidak ragu-ragu memberi sokongan yang sepenuhnya kepada saudara Sharim dan merayu kepada semua pengundi DUN Chini keluar beramai-ramai pada 4 Julai nanti memberi sokongan yang sepenuhnya kepada calon kita Saudara Mohd Sharim kerana beliau boleh membawa perubahan kepada kawasan ini dan boleh memenuhi kehendak dan aspirasi pengundi-pengundi di DUN Chini
– Najib Razak