HomeBERITAPPV KLCC ditutup secara rasmi esok

PPV KLCC ditutup secara rasmi esok - huluselangor.com

KUALA LUMPUR — Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata PPV itu telah memberi 730,000 dos vaksin sejak mula beroperasi pada 7 Jun lepas.

Dr Anas ketika melawat operasi hari terakhir PPV itu hari ini menzahirkan penghargaan kepada semua petugas, penyelaras PPV dan pengamal perubatan swasta yang telah bekerjasama dengan KKM.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan dan dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dan badan bukan kerajaan kesihatan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

HomeBERITAPPV KLCC ditutup secara rasmi esok

Berkaitan

POPULAR