HomeBERITAPolis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup - huluselangor.com

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam serbuan berasingan di Medini Utara, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan kesemua individu berusia 18 hingga 30 tahun.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan 21 individu membabitkan 11 lelaki dan 10 wanita, di sebuah kediaman, kira-kira jam 7.30 malam.

“Pada serbuan kedua, polis menahan 10 individu membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita di kawasan perumahan yang sama, kira-kira jam 8.30 malam.

“Ujian awal air kencing mendapati kesemua individu positif dadah jenis methamphetamine, ketamine dan THC. Polis turut merampas dua lampu berkelip-kelip serta dua pembesar suara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, kesemua individu ditahan kerana melanggar Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7) 2020 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

HomeBERITAPolis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

Berkaitan

POPULAR