HomeBERITAPolis berkas warga tempatan berkait dadah di Serendah

Polis berkas warga tempatan berkait dadah di Serendah - huluselangor.com

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) paket plastik kecil berisi serbuk disyaki dadah jenis Heroin.

HULU SELANGOR: Pada jam lebih kurang 0320 hrs 29.11.2023, sepasukan Polis dari Balai Polis Serendah, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Serendah, Hulu Selangor.

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) paket plastik kecil berisi serbuk disyaki dadah jenis Heroin. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek. 12(3) ADB 1952.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera keatas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis. Kerjasama daripada masyarakat amat dialu-alukan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif serta selamat selaras dengan moto pasukan PDRM *Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada*

HomeBERITAPolis berkas warga tempatan berkait dadah di Serendah

Berkaitan

POPULAR