PKS perlu bertindak waspada susulan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula

0
413
ekonomi-:-pks-perlu-bertindak-waspada-susulan-lebih-banyak-sektor-ekonomi-dibuka-semula

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bertindak waspada memandangkan mereka akan mengoperasikan kembali perniagaan masing-masing.

Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan, Datuk William Ng berkata PKS mesti mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan melaksanakan sendiri tindakan pencegahan.

“Contohnya, walaupun individu yang lengkap dua dos vaksin dan bersama keluarga mereka dibenarkan untuk ‘dine-in’ menerusi pengumuman baru-baru ini namun, restoran masih boleh memilih bagi menyediakan makanan atau minuman untuk dibawa pulang, atau mengehadkan hanya individu dewasa yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan makan di premis mereka.” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Samenta menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi kelonggaran lagi kepada sektor ekonomi, termasuk pasar malam dan makan di restoran atau rumah kelab.

Ng berkata ini merupakan kelegaan yang tepat pada masanya untuk perniagaan dan pengguna, selain menjadi petanda baik bahawa ekonomi hampir mencapai titik perubahan ketara.

“Bagaimanapun, ramai ahli kami dalam sektor runcit serta makanan dan minuman masih berwaspada bagi pembukaan kembali perniagaan mereka, terutama berkaitan tanggungjawab terhadap tindakan serta pematuhan oleh pelanggan,” katanya.

Beliau berkata Samenta menyarankan supaya pembukaan semula semua sektor ekonomi hanya dibenarkan apabila 80 peratus daripada populasi di setiap negeri mencapai keimunan penuh, bukan dilaksanakan mengikut pendekatan pelbagai fasa yang mengelirukan kalangan perniagaan selain agensi penguatkuasa yang telah menanggung terlalu banyak tugasan kerja.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.