Pidato elemen penting politik, aplikasi pendekatan media baharu dalam UMNO – Ahmad Zahid

0
428
Pidato elemen penting politik, aplikasi pendekatan media baharu dalam UMNO – Ahmad Zahid

Pidato merupakan elemen penting dalam arena politik dan ianya bersifat saling bergantung antara satu sama lain, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menceritakan berkenaan dua buah buku yang dihasilkannya iaitu Impactful Speeches dan Pidato Politik yang menfokuskan kemahiran berpidato.

“Pidato dan politik tidak boleh dipisahkan, tidak pernah seorang yang dilahirkan bisu menjadi ahli politik oleh sebab itu keduanya tidak boleh dipisahkan ertinya ahli politik mesti boleh berpidato.

“Di dalam mukadimah buku itu saya menyebutkan bahawa ramai yang boleh berpidato tetapi malu namun lebih ramai yang tidak boleh berpidato tetapi muka tidak malu.

“Apa yang saya maksudkan adalah rasa malu menjadi ruang lingkup yang paling mengekang kemampuan kita untuk berpidato tetapi apabila dunia bertukar kita lihat muka-muka tidak malu lebih ramai daripada muka yang boleh berpidato,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian penutupan Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang turut disertai timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga bertindak sebagai wakil juri.

Sementara itu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berharap untuk parti mengambil pendekatan yang lebih baru dengan menggunakan media baharu sebagai platform mendekati rakyat.

“UMNO dam BN harus menggunakan pendekatan yang lain iaitu melalui media baharu kerana mungkin di hadapan kita ada 30 orang tetapi kalau kita mempunyai kredibiliti dan mempunyai substance dari segi isi kandungan ucapan.

“Menggunakan isu-isu baharu yang terlalu dekat dengan pengundi dan khalayak pasti bukan hanya 30 orang di hadapan kita tetapi mungkin 30,000 atau 300,000 orang yang melihatnya, itulah pendekatan yang boleh kita lakukan,” ujar beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.