Petisyen kematian Syed Muhammad Danial dilancar

Warganet hari ini melancarkan satu petisyen bagi mendapatkan keadilan di atas kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, kelmarin.

Petisyen yang dinamakan ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ dibuat oleh Muhammad Al Hakim Sayed Nasir.

Ia susulan kematian Syed Muhammad Daniel, 29, selepas berlaku pergelutan ekoran perselisihan faham setelah berlaku kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.

Melalui video yang tular di media sosial, mangsa yang kelihatan tidak bermaya kelihatan berada di bahagian pembahagi jalan bersama-sama dengan seorang lagi lelaki.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

Malah kedua-duanya sudah direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos.

Seorang netizen yang menandatangani petisyen berkenaan turut berkata beliau mengharapkan keadilan buat arwah Syed Muhammad Daniel.

“I want justice for the victim and his family. No cover up. (Saya mahu keadilan untuk mangsa dan keluarganya. Jangan lindungi sesiapa),” kata Md Salleh Shahibbudin Shariffudin.

Menurut Ahmad Zulhilmi, insiden ini tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman malah ia melibatkan jiwa rakyat Malaysia.

Dalam masa 33 minit, petisyen sudah ditandatangani lebih 150 warganet.

Petisyen boleh ditandatangani di https://www.change.org/p/lebuhraya-hukuman-mati-terhadap-pesalah-lebuhraya-pada-hari-raya-aidiladha?signed=true

https://huluselangor.com/tag/syed-danial

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img