HomeBERITAAMPerhilitan giat kesan harimau di hutan Hulu Selangor

Perhilitan giat kesan harimau di hutan Hulu Selangor - huluselangor.com

HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang giat menjalankan rondaan dan pemantauan rapi bagi mengesan Harimau Malaya di kawasan hutan Hulu Selangor.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya menerima aduan mengenai gangguan harimau itu pada Ogos lalu menerusi laporan polis yang dibuat orang awam.

“Kita telah menjalankan aktiviti pemantauan melalui pemasangan perangkap kamera di lokasi yang disyaki.

“Setakat ini tiada tangkapan dilakukandan kita masih membuat rondaan serta pemantau berterusan di kawasan hutan tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Wan Mohd. Adib, Selangor antara negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai Harimau Malaya di dalam kawasan hutan.

“Berdasarkan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (NTS1) antara 2016 hingga 2020, terdapat cerapan harimau itu direkodkan di hutan Hulu Selangor menerusi bukti gambar daripada perangkap kamera yang dipasang sepanjang tempoh survei berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada tangkapan melibatkan Harimau Malaya direkodkan di Selangor pada tahun ini. – Seterusnya

HomeBERITAAMPerhilitan giat kesan harimau di hutan Hulu Selangor

Berkaitan

POPULAR