Jika benar seperti dakwaan BERSIH berlaku salah laku maka pengurusan dan perjalanan PRU-14 boleh jadi tidak sah dan terbatal.
Pilihanraya umum kena diadakan semula.
……..
1. Tribunal Khas 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan telah selesai bersidang.
2. Pengerusi Panel TS Steve Shim telah memaklumkan 2 terma rujukan Panel iaitu :-
I) Utk memutuskan samada berlaku salahlaku di kalangan anggota SPR yg mengendalikan PRU 14
II) Jika ada, membuat keputusan untuk pemecatan
3. Pengerusi Tribunal kemudiannya membangkitkan pertanyaan kepada wakil Peguam Negara yg di wakili Peguam Kanan M. Puravelan bahawa Panel di fahamkan kesemua 6 orang Responden telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan samada Tribunal ini masih mempunyai bidang kuasa utk membicarakan mengikut 2 terma rujukan di atas.
4. Peguam M. Puruvalan bangun dan menyatakan bahawa terma rujukan yg di nyatakan telah menjadi akademik dan sememangnya Tribunal ini tidak boleh di teruskan.
5. Peguam2 yang mewakili kesemua Responden juga bangun dan turut menghujahkan bahawa Tribunal ini tidak lagi boleh berfungsi mengikut terma rujukan.
6. Hakim2 yang menganggotai Tribunal berkali2 bertanya kepada wakil Peguam Negara di dalam Mahkamah “Then why we are here?”
7. Peguam M. Puruvalan dengan penuh kesipuan memohon maaf berkali2 kepada Panel kerana telah membazir kan masa banyak pihak.
8. Mahkamah di tangguh kan jam 12 tengahari dan 1 Tarikh lain akan di tetapkan utk keputusan.
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Mewakili 4 orang Bekas anggota SPR yg telah meletak jawatan tetapi AG tetap mahu memecat mereka.
https://youtu.be/-cXwPxhm-tU
Rujukan:
Pilihan Raya Umum 14 tidak sah?
https://huluselangor.com/pilihan-raya-umum-14-tidak-sah/