Banjir yang melanda beberapa negeri di seluruh negara menyebabkan mangsa bukan sahaja kehilangan harta benda malah trauma dengan musibah berkenaan, malah lebih memeritkan tentunya pascabajir memerlukan bantuan pelbagai pihak untuk membersihkan kediaman masing-masing.
Lantaran itu, Pemuda UMNO menerusi Skuad Sabilnya bersama Puteri UMNO serta Pemuda MCA Johor meneruskan misinya apabila turun padang dengan tumpuan di kawasan Parlimen Segamat dan Sekijang.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan turut turun padang bersama sukarelawan masing-masing dalam usaha membantu pasca banjir.
“Seramai 325 Sukarelawan Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang diketuai Ketua Puteri Zahida Zarik Khan dan Pemuda MCA Johor meneruskan Misi Bantuan Banjir ke Parlimen Segamat dan Sekijang, Johor.
“Bermula dari pagi, dengan kekuatan seramai hampir 325 orang sukarelawan ini, kami pecahkan pasukan kepada lima kumpulan untuk membantu proses pembersihan dan menyampaikan barangan keperluan asas seperti dapur, cerek, waterjet, set makanan keperluan asas dan pek ibadah di kawasan-kawasan sekitar,” katanya kepada UMNO Online.
Tambah Asyraf lagi, pada sebelah petang pula, sumbangan barangan keperluan asas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Sekijang turut dilaksanakan bagi membantu penduduk-penduduk tempatan yang terkesan akibat bencana banjir.
“Tahniah dan syabas kepada Saudara Mohd Hairi Mad Shah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Joni Juna Skuad Sabil Johor serta seluruh pimpinan lain dan sukarelawan Pemuda UMNO, Skuad Sabil Negeri Johor yang konsisten turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor sejak 1 Januari iaitu hari pertama banjir mula naik di daerah Segamat.
“Semoga Allah memberkati segala usaha ini dan permudahkan segala urusan buat mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.
BACA juga
- Banjir: UMNO gesa kerajaan laksana post-mortem sebagaimana Titah YDP Agong
- Banjir: UMNO bukan turun ‘tangan kosong’, bawa sukarelawan dan bantuan – Ahmad Maslan
- [Video] UMNO teruskan misi bantuan banjir ke Tampin, Segamat dan Labis
- Banjir: Sukarelawan UMNO teruskan khidmat bakti bersama rakyat
- Banjir: Susah senang rakyat, UMNO sentiasa bersama hulur bantuan – Ahmad Maslan