Pemimpin BN Mulakan Ceramah Rakyat Perjelas Isu Berbangkit

0
142

https://youtu.be/OE_GO5spNV0


HULU SELANGOR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO malam ini mengorak langkah memulakan siri Ceramah Rakyat bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa termasuk yang dibangkitkan pembangkang.

Sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turun padang.

Turut berbuat demikian Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany.

Antara perkara yang disentuh Abdul Rahman ialah sabotaj ekonomi yang cuba dilakukan pihak tertentu termasuk dengan melempar tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan, selain usaha menjatuhkan kerajaan.

“Saya mahu ingatkan pembangkang jangan sabotaj ekonomi negara kerana akhirnya ia akan merugikan rakyat,” katanya pada Ceramah Rakyat bertema ‘Negaraku, Generasiku’ itu.

Abdul Rahman menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara yang menurutnya boleh memudaratkan negara dan rakyat.

Noh pula memperkatakan tentang kegagalan tadbir urus negeri Selangor termasuk dari segi penyelenggaraan prasarana rumah kos rendah, pengurusan sampah, bekalan air dan wabak denggi.

Beliau menarik perhatian bahawa BN banyak membantu negeri Selangor sekarang walaupun ia bukan di bawah teraju BN, demi membantu rakyat negeri itu.

Perkara sama turut diperjelas Mah dan Devamany yang antara lain meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan putarbelit pembangkang termasuk mengenai ekonomi.

Sesi ceramah itu akan diperluas ke negeri-negeri lain.

20170225-ceramah-rakyat-hulu-selangor-2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.