HomeBERITAPELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN

PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN - huluselangor.com

BEHRANG: Sekumpulan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang yang terkandas di Gunung Tumang Batak dekat sini semalam, selamat tiba ke kaki gunung kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Sepatutnya kumpulan 32 pendaki itu selesai pendakian dan tiba di Kampung Sungai Dara di kaki gunung itu lewat petang kelmarin tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Jasfian Jamaludin berkata, kegagalan mereka tiba ke kampung itu memaksa pihaknya dan sukarelawan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kumpulan pelajar ini menyertai Program XPDC UiTM Pendakian 60 Gunung sempena Sambutan Ulangtahun Ke 60 UiTM bersama Unit Kokurikulum UiTM Kampus Pasir Gudang,” katanya di sini hari ini.

Jasfian berkata, seramai 15 anggota SAR terdiri daripada lapan anggota bomba, lima anggota bomba Sukarela dan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi pada jam 10.45 pagi untuk mencari kumpulan pelajar berkenaan.

Katanya, kumpulan pendaki itu ditemui pada jam 12 tengah hari dalam keadaan selamat.

Peserta program terdiri daripada 14 pelajar lelaki, 10 pelajar perempuan, empat pegawai pengiring serta masing-masing dua jurupandu dan pembantu jurupandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat mengiringi kumpulan pelajar dan sampai ke Pusat Kawalan Bomba pada jam kira-kira 1.30 tengah hari.

PELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN
SEKUMPULAN penuntut UiTM Kampus Pasir Gudang yang terkandas di Gunung Tumang Batak dibantu anggota bomba dan APM selamat tiba ke kaki gunung kira-kira jam 1.30 tengah hari.
HomeBERITAPELAJAR UITM TERKANDAS DI GUNUNG TUMANG BATAK, BEHRANG DISELAMATKAN

Berkaitan

POPULAR