PAU 2016 : UMNO HARUS TERUS JADI PRO-RAKYAT

23
146

DALAM muka surat empat, fasal tiga perlembagaan UMNO, mengenai asas dan tujuan penubuhan parti berkenaan, telah tercatat pada perenggan 3.4 `mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya’.

Berdasarkan kepada perkara itu, ia jelas tanpa prejudis menunjukkan bahawa, perjuangan parti tertua bangsa Melayu ini sentiasa menjurus kepada kedaulatan rakyat dan amalan demokrasi di negara ini.

Sebelum kita pergi dengan lebih meluas, haruslah difokuskan terlebih dahulu kepada 3.4 juta ahli parti UMNO yang menjadi tonggak kecemerlangan berterusan selama ini.

Bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 kali ini, pentas percambahan idea di PWTC itu sewajarnya membincangkan hal ehwal kebajikan dan perjuangan untuk para ahli, seterusnya kepada 30 juta rakyat negara ini.

Inilah yang dinamakan perjuangan pro-rakyat. Dengan kata lain, perjuangan UMNO ini perlu konsisten dengan memfokus terhadap rakyat jelata. Ketepikan persengketaan jawatan atau ketaksuban terhadap mana-mana pemimpin, mahupun bekas pemimpin.

Dengan berpaksikan institusi presiden yang menjadi amalan, para ahli UMNO wajar untuk mengenepikan segala tohmahan, fitnah dan rekacerita yang tidak benar terhadap pemimpin sendiri.

Pada masa sama, ahli UMNO juga perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pemerintah negara untuk memperjuangkan hak dan kedaulatan rakyat sejagat.

Inilah kunci mengapa UMNO berjaya mengekalkan kuasanya sehingga ke hari ini. Pro-rakyat adalah agenda terfokus yang menjadi amalan warisan parti. Cumanya, apabila ada segelintir bekas pemimpin yang melebihkan kepentingan peribadi, maka perjuangan pro-rakyat ini telah dikesampingkan begitu sahaja.

Ayuh para perwakilan UMNO tahun ini yang seramai 5,732 orang, jadikan ia sebagai pentas untuk mengembalikan semula roh perjuangan pro-rakyat yang sebenarnya telah lama dicanang-canang Datuk Seri Najib Razak.

Jika ini PAU terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, tepatlah perhimpunan tahun ini menjadi platform solidariti mempertahankan institusi presiden dan perjuangan Umno yang pro-rakyat.

201004-20-pemudaumno

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.