Panggung bersejarah Odeon di Jalan TAR bakal diroboh

26
0

Panggung wayang Odeon terletak depan Kompleks Pertama dekat sini yang beroperasi hampir 100 tahun akan diroboh tidak lama lagi.

Mula beroperasi sejak 1936, perobohan dibuat bagi memberi laluan kepada projek pangsapuri dan pusat perniagaan bertingkat, lapor Star Online.

“Ada permintaan agar sebahagian bangunan dengan ciri seni binanya dikekalkan dalam reka bentuk baru nanti,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

“Kita tidak dapat menghalang pembangunan lebih-lebih lagi bangunan itu hak milik persendirian.”

Menurut laman sesawang pemajunya, cadangan pembinaan terdiri dari dua menara pangsapuri dan beberapa unit perniagaan.

Namun, wakil syarikat mengatakan tidak banyak yang dapat didedahkan ekoran projek masih pada peringkat perancangan.