BINTULU: Kegembiraan 43 keluarga menyambut Hari Gawai bertukar duka selepas Rumah Panjang Ugop Umpin di Kuala Sigu Pandan Sebauh musnah dalam kebakaran, tengah malam 2 Jun 2023.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.41 pagi.
Pasukan bomba mengambil masa tiga jam menuju ke lokasi kejadian dengan meredah jalan ladang kelapa sawit dan hanya dapat dihubungi dengan menggunakan pacuan empat roda (4WD),” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan struktur bangunan satu blok rumah panjang berkenaan.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua penghuninya berjaya keluar lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sigu yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi rumah panjang yang terbakar.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik.
Senario tersebut menyebabkan lebih banyak bahan mentah diperlukan.
Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Oon Kim Hung berkata bekalan yang terhad disebabkan kekurangan penoreh getah, cuaca panas yang melampau dan situasi logistik perkapalan serta konflik di Asia Barat.
Dalam masa sama, kenaikan dalam kadar tambang juga merupakan faktor yang memungkinkan harga getah meningkat lagi.
Pada minggu ini, pasaran getah tempatan diniagakan lebih rendah sejajar dengan aliran menurun dalam pasaran hadapan getah serantau.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup, esok, berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat, 1 Jun 2024.
Menurut laman sesawang kejohanan https://live.pttiming.com, pada final yang berlangsung di Stadium Dean A. Hayes, Murfreesboro itu, Shereen menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 51.79 saat (s),
Catatan itu sekali gus memadamkan rekod 51.80s yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat pada April tahun lepas.
Bagaimanapun, atlet berusia 26 tahun dari Perak itu wajib mencatatkan masa larian sekurang-kurangnya 50.95s jika mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirai Julai ini.
Dalam pada itu, Leah Anderson dari Jamaica merangkul emas dengan catatan 51.67s manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah Na’asha Roinson dengan 51.82s dalam kejohanan tersebut.
Jawatankuasa pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu menyerahkan nama sama ada Shereen atau seorang lagi pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai ini, sekiranya kedua-dua atlet itu tidak dapat melayakkan diri secara merit.
Muhammad Azeem yang merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s melakukan catatan terbaiknya musim ini 10.24s ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga LSU Invitational di Los Angeles pada 27 April lepas.
Bagaimanapun, catatan tersebut masih jauh jika dibandingkan dengan kelayakan ke Paris yang memerlukan beliau mencatat 10s untuk layak secara merit dalam acara tumpuan itu.
Hari ini (1 Jun) sekitar jam 12.30 tengahari tadi, aliran air berwarna biru di Sg. Kandis telah dikesan di kawasan Jalan Sellathevan, Klang.
Pasukan LUAS telah segera ke lokasi dan menjalankan siasatan lanjut sehingga lewat petang tadi menjejaki punca kepada aliran air berwarna biru tersebut di kawasan persekitaran yang berhampiran.
Siasatan LUAS telah menemukan punca yang disyaki di kawasan perindustrian di Jalan Omboh, kesan pembuangan cat berwarna biru di tapak. Semakan lanjut LUAS mendapati lopak air di kawasan tersebut berwarna biru dan aliran telah memasuki longkang berhampiran dan seterusnya mengalir ke dalam Sg. Kandis. LUAS telah melakukan pensampelan kualiti air dan sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.
LUAS akan mengambil tindakan lanjut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 79(1)(c) Enakmen LUAS 1999 di atas kesalahan mencemarkan sumber air. Di dalam masa yang sama, LUAS juga telah berkomunikasi dengan pihak JAS dan MBSA bagi tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa agensi.
Kerajaan Negeri Selangor dan LUAS menegaskan dan menyeru kepada semua pemilik premis/tapak industri agar sedar, cakna dan prihatin terhadap aktiviti anda di tapak. Pastikan aktiviti/operasi, keselamatan dan penyelenggaraan peralatan serta kelengkapan di premis dikawal dan dipantau dengan sempurna agar tiada risiko kepada sumber air terutamanya sungai.
Kerajaan Negeri Selangor, LUAS dan agensi-agensi berkaitan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan permasalahan dan mencemarkan sumber air negeri melalui bidang kuasa dan perundangan pelbagai agensi.
MEKAH – Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan notis kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) dari semua negara mengenai langkah kawalan keselamatan ketat yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Hal itu bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, antara yang ditekankan termasuk peringatan kepada KRH untuk tidak membantu pergerakan atau penginapan jemaah yang menggunakan visa tidak sah.
“Ini belum pernah dibuat sebelum ini dan secara khusus. Kali ini disampaikan kepada semua Ketua Rombongan Haji yang juga diingatkan sekiranya mereka tidak mematuhi notis baru ini ianya akan memberi kesan terhadap operasi haji sesebuah negara, jadi itu juga satu penekanan daripada kementerian haji yang amat serius,”katanya.
Beliau turut memaklumkan pihak berkuasa tempatan telah mula melakukan operasi terhadap mereka yang tidak mempunyai permit dan visa haji sah.
Pemeriksaan dilakukan di bas-bas dinaiki jemaah; hotel penginapan dan laluan ke masjid bagi mengesan jemaah yang melanggar peraturan tersebut.
Beliau ditemui pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Mekah.
Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
“Seperti mana yang telah disebutkan pengerusi Barisan Nasional, kita akan meneruskan apa yang kita bina ini dan dalam masa yang sama keputusan bersama daripada pimpinan Barisan Nasional akan kita bincangkan kerana kita melihat bahawa satu bentuk kerjasama dalam membentuk Kerajaan itu sangat penting.
“Dan kita dapati, sebagai contoh, dalam usaha kita untuk bekerjasama dalam kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan antara modul yang dapat kita teruskan sekiranya diputuskan oleh Majlis pimpinan tertinggi Barisan Nasional,” katanya.
Pelancaran Konvensyen dan Sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke 50 Barisan Nasional Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada Julai depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Bagaimanapun, tarikh pelancaran akan ditetapkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO nanti.
“Sempena sambutan 50 tahun ini juga, pelbagai program dan agenda telah diatur sehingga hujung tahun ini.
“Antaranya ialah konvensyen-konvensyen negeri yang akan diadakan dan bagi negeri-negeri yang akan menganjurkan dalam tempoh terdekat adalah Kelantan dan Johor yang akan adakan konvensyen pada 8 Jun, diikuti di Terengganu dan Pahang pada 15 Jun ini, dan seterusnya diikuti negeri-negeri lain yang akan diatur kemudian nanti.
“Barisan Nasional juga akan menganjurkan beberapa siri, forum, wacana dan townhall yang akan diadakan di negeri dan peringkat pusat bagi tujuan menyegarkan pemikiran dan juga wacana politik yang baik untuk negara.
“Dalam hal ini, kita akan menjemput daripada generasi muda mahupun kalangan pemikir untuk kita mendengar suara dan pandangan bagaimana untuk memperkukuhkan Barisan Nasional bagi menghadapi dekad seterusnya,” kata Zambry lagi.
JOHOR BAHRU — Tiga individu maut selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam longkang di kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Yusof Othman berkata dalam kejadian pada 8.11 pagi itu pemandu wanita berusia 30 tahun dan dua penumpang iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan perempuan berusia 35 tahun maut di tempat kejadian.
Beliau berkata MPV tersebut dari arah Bukit Indah menuju ke Johor Bahru sebelum dipercayai hilang kawalan.
“Kenderaan dipandu wanita itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan terjunam ke longkang sedalam kira-kira tiga meter kerana kejadian berlaku selepas hujan.
“Kesemua mangsa maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman. Pemandu dan penumpang lelaki merupakan adik-beradik, manakala penumpang wanita adalah rakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Pegawai Bomba Kanan PBK I Haizrul Rahmad berkata kesemua mangsa yang maut merupakan warga tempatan dengan pemandu dikenali sebagai Chu Wan Rou, manakala penumpang lelaki Chu Wei Yean dan penumpang wanita Aw Siew Chern.
KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman tujuh hari mulai hari ini berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu pada Disember lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Katanya, tangkapan ke atas mereka adalah berdasarkan risikan sejak hari pertama kejadian.
“Mereka ditahan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang,” katanya di sini hari ini.
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, keesokan harinya.
Hasil siasatan forensik dan patalogi Hospital Sungai Buloh, pihak polis mengesahkan kanak-kanak berusia enam tahun itu mati akibat kesan kecederaan pada leher dan badan kerana mempertahankan diri.
Setakat Januari lalu lebih 225 individu sudah dirakam percakapan selain 248 sampel DNA milik penduduk dan orang terdekat diambil bagi tujuan siasatan.
Sebelum ini polis menegaskan tidak pernah berhenti menjalankan siasatan kes kematian kanak-kanak autistik itu dan sehingga kini kes itu tidak pernah ditutup.
Tambahnya, siasatan berkaitan kes itu masih aktif dan pihaknya sentiasa menanti petunjuk baharu.
Semenntara itu Peguam, Mahmud Abdul Jumaat memberitahu bahawa terdapat perkembangan baharu dalam siasatan polis yang membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Puncak Alam, semalam.
Beliau yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, pasangan terbabit direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi melengkapkan siasatan.
“Ada perkembangan terbaharu dari siasatan polis yang mana semalam mereka menahan kedua-kedua suspek atau orang yang disyaki (OYDS).
“Buat masa ini kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi, jadi saya mohon semua pihak bersabar dan mendoakan agar keluarga ini kuat, menerima ujian tersebut.
“Ia masih dalam tempoh reman, ia sekadar melengkapkan siasatan. Kita tak tahu lagi siapa lagi yang bakal dituduh,” katanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Jelas Mahmud, tangkapan dan reman ke atas mereka dibuat berdasarkan perkembangan terbaharu daripada siasatan pihak polis dan dibenar reman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun ini.
Mahmud berkata, pasangan suami isteri itu kelihatan sangat terkejut ketika disangka suspek dalam kes bunuh anak mereka.
“Saya juga tak jangka perkara ini malah saya percaya satu Malaysia terkejut dengan pertemuan berkenaan. Tapi saya yakin pihak polis memohon reman ini untuk melengkapkan siasatan.
“Kita akan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci demi keadilan,” ujarnya.
Terdahulu Kosmo! pada 6 Disember tahun lalu melaporkan Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) — Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama gabungan politik berkenaan di Batang Kali malam ini 25 April 2024.
Muhyiddin berkata pemilihan Khairul Azhari, 54, sebagai calon diputuskan sebulat suara pada Mesyuarat Tertinggi PN. – BACA SETERUSNYA
HULU SELANGOR — Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) akan membuka tirai esok dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.
Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC).
Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.
Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding bagi PRK berkenaan.