Home Blog Page 1098

Sistem sekolah rendah satu aliran elak perkauman

10

Akibat dari sekolah pelbagai aliran,
penggubal dasar di Parlimen tidak mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik

Sistem sekolah rendah satu aliran adalah platform berkesan untuk menerap dan memupuk nilai perpaduan kerana ia permulaan proses membentuk pemikiran dan identiti seseorang.

Pertubuhan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan (SERAP) dalam satu kenyataan, berkata sekolah rendah adalah antara acuan pertama dalam membentuk individu patriotisme yang tidak rasis.

Pertubuhan itu juga beranggapan, sukar bagi seseorang memahami, menghormati dan mengintegrasikan budaya atau sensitiviti kaum lain sekiranya hanya bergaul dengan rakan sebangsa sejak kecil.

“Bak kata pepatah ‘elok acuan, elok hasilnya’. Bagi kami, hala tuju negara bergantung kepada sikap yang ditonjolkan pelapis kepemimpinan negara yang kini masih di bangku sekolah.

“Mentaliti bersatu padu tanpa mengenal kaum perlu diterapkan sejak kecil supaya ia dapat dicapai apabila mereka besar kelak,” katanya.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang memperjuangkan sistem sekolah satu aliran, dipengerusikan oleh Shahril Hamdan bersama ahli jawatankuasanya, Idzham Hashim, Mohd Azfar Ariff, Amirul Basiron, Firdaus Samad dan Dr Mohd Rizal Abd Rahman.

Sementara itu, Mohd Azfar berkata, SERAP menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa sekolah satu aliran di peringkat pendidikan rendah mampu menyatukan semua kaum.

“SERAP menggesa semua pemegang taruh, terutama penggubal dasar tampil mewujudkan sistem sekolah satu aliran di peringkat rendah sebagai wadah permulaan untuk penyatuan kaum pada masa depan.”Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kami ingin menghulurkan tangan kerjasama kepada mana-mana organisasi atau individu yang ingin menyebar wacana mengenai sekolah satu aliran sebagai wadah pemangkin perpaduan rakyat Malaysia,” katanya.

Adakah mereka ini warganegara Malaysia? Macamana mereka boleh jadi Ahli Parlimen?

6

Suruhanjaya Pilihanraya kena mengubah akta dengan memastikan setiap calon lulus ujian bahasa kebangsaan sebelum menjadi calon didalam sebarang pilihanraya.

Amat memalukan mereka yang menjadi penggubal dasar di parlimen tidah boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang menjadi dasar utama didalam Perlembagaan Negara.

Inilah standard ahli parlimen pakatan pembangkang terutama dari PKR dan DAP.

Pendatang asing yang tidak sampai setahun tinggal di negara ini lebih fasih berbahasa melayu berbanding mereka yang menjadi Ahli Parlimen yang mengaku warganegara.

Pengundi kena tolak calon pilihanraya yang tidak mampu bercakap dalam bahasa kebangsaan dengan baik.

PRN Sarawak: Senarai Pencalonan

4

Pemilih Biasa : 1,113,522
Pemilih Awal : 25,022
Pemilih Tidak Hadir Luar Negara : 106
Jumlah : 1,138,650 = Wanita: 570,494 (50.10%) Lelaki: 568,156 (49.90%)
Cina: 365,417, Iban: 306,942, Melayu/Melanau: 304,781, Bidayuh: 85,044, Orang Ulu: 45, 406, Lain-lain: 3,803
82 kerusi dipertandingkan
Anggaran kos RM135.6 juta untuk PRN ke-11 Sarawak
20,811 orang petugas
1,879 pusat mengundi
2,959 saluran/tempat mengundi
62 pemerhati
Tarikh keluar writ: 14 April
Tarikh notis: 15 April
Tarikh mengundi: 7 Mei
Tarikh penamaan calon: 25 April
Tarikh mengundi awal: 3 Mei
Tarikh DUN bubar: 11 April
230 KERTAS PENCALONAN DITERIMA (APRIL 25)
BN: 82 PBB- 40 kerusi, PRS – 11, SPDP (5); SUPP (13) Calon Langsung (13)
PKR (40)
DAP (31)
PAS (11)
Amanah (13)
Bebas 36 (Jumlah 41 orang pada 2011)
State Reform Party (Star) – 11
PBDS Baharu -5
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17

PRN Sarawak – Pakatan Pembangkang Berbalah Sesama Sendiri

12

prn sarawak-penamaan calon bn pas

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 – PKR vs DAP
2. Senadin N.75 – DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 – PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 – PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 – PKR vs DAP
6. Kakus N.60 – PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 – PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 – PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 – PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 – PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 – PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 – DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. – DAP vs PKR
14. Mambong N.19 – DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 – PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 – PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu rosak teruk dilanda ribut

14

darul quran kuala kubu ribut 3
darul quran kuala kubu ribut
darul quran kuala kubu ribut 2
FB_IMG_1461512425772
Bumbung laluan pejalan kaki bangunan Darul Quran Kuala Kubu Bharu rosak teruk akibat dilanda ribut.
Kejadian berlaku pada lewat petang Ahad 24 April 2016
Tiada kemalangan jiwa atau kecedaraan dilaporkan.
Laporan lanjut menyusul

Ekonomi Malaysia: Fakta Bukan Auta

5

prestasi-ekonomi-gdp

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia perlu melihat fakta dan bukannya mendengar khabar angin serta propaganda negatif berkaitan dengan “Armageddon” ekonomi Malaysia.

“Terlalu banyak ramalan-ramalan negatif berkaitan dengan ‘Armageddon’ ekonomi Malaysia.

“Sudah tentunya, ‘tukang-tukang ramal’ itu kebanyakannya rakyat Malaysia yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada dasarnya, ia hanya retorik politik semata-mata dan bukan analisis kewangan berdasarkan kepada asas ekonomi,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya, Jumaat.

Menurut Salleh, senario itu tidak selari dengan hakikat bahawa pelabur masih datang ke Malaysia untuk melabur dan setiap tahun negara mencatatkan peningkatan pelaburan asing.

Beliau berkata, satu lagi contoh ialah penawaran bon Sukuk baharu Malaysia berjumlah AS$1.5 bilion, yang menerima sambutan menggalakkan semalam meskipun keadaan ekonomi global yang lemah.

Menurutnya, sukuk AS$1.5 bilion itu terlebih langgan 4.2 kali apabila ia menerima langganan AS$6.3 bilion.

“Ini menunjukkan fundamental jangka panjang Malaysia masih kekal menarik kepada para pelabur. Bandingkan ini dengan penawaran sukuk Indonesia bulan lepas yang mana Sukuk bernilai AS$2.5 bilion mereka 3.4 kali terlebih langgan,” katanya.

Salleh berkata sekiranya orang membaca laporan media, terutamanya media dalam talian, ekonomi Malaysia kelihatan seolah-olah berada diambang keruntuhan, seperti apa yang berlaku pada era 1920-an di mana dunia ibarat ‘hampir berakhir’ apabila pasaran saham merudum, bank-bank bankrap, orang hilang pekerjaan dan rumah dan terpaksa menjadi gelandangan.

“Kemudian, jika kita lihat kepada pasaran ekuiti, pasaran modal Malaysia menunjukkan peningkatan sehingga RM2.8 trilion pada 2015, meningkat 150 peratus sejak 2009.

“Pasaran ekuiti juga berkembang sebanyak 69.6 peratus kepada RM1.7 trilion, manakala pasaran bon dan Sukuk meningkat 74.4 peratus kepada RM1.1 trilion,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting, pendapatan bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan 12 peratus malahan lebih tinggi daripada purata kebangsaan pada 8 peratus.

“Ini bermakna kerajaan berjaya mengeluarkan 2.9 juta rakyat daripada kemiskinan tegar,” katanya.

Tun M tetap gagal usaha mengangkat Mukhriz menjadi Perdana Menteri – Pakar Strategi Australia

8

mahathir-selamat-keluarga

Badan pemikir berpengaruh Institut Dasar Strategik Australia menyiarkan laporan mengenai pertembungan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad dan membuat kesimpulan Najib akan kekal menjadi Perdana Menteri.

Laporan yang disiarkan oleh jurnul rasmi institut tersebut The Strategist, mencadangkan Najib kekal dalam memimpin Malaysia jawatan sehingga pilihanraya umum 2018 pilihan raya dan selepas itu, kata pengulas politik Donald Greenlees.

Ini memperkukuhkan lagi laporan firma kewangan antarabangsa yang membuat kaji selidik mengenai risiko pelaburan, Kumpulan Nomura, dalam laporan 6 April lalu kepada pelangan-pelangan syarikat tersebut bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia kekal kukuh selepas pembangkang gagal menarik sokongan rakyat.

Manakala menurut Institut Dasar Strategik Australia, Najib mengekalkan kawalan dalam UMNO dan boleh bergantung kepada sokongan kepimpinan pusat dan majoriti ketua-ketua bahagian.

“Sehingga kini, tidak ada bukti peralihan sokongan dari ‘base’ Melayu-Islam…” katanya.

Beliau percaya Mahathir sudah tidak lagi boleh mempengaruhi UMNO dalam hal ini.

“Mahathir Mohamad ……. dia tidak lagi boleh menganggap UMNO sebagai milik peribadinya,… terutamanya selepas Najib berjaya menyekat pemilihan anak Mahathir, Mukhriz, untuk jawatan naib presiden UMNO, pada tahun 2013.”

Jelas beliau, walaupun terdapat beberapa rasa tidak puas hati yang timbul daripada saga 1MDB dan “kelembapan” ekonomi, faktor-faktor tidak mungkin membawa keruntuhan kerajaan,.

“Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji usaha Malaysia dalam “mencapai kestabilan makroekonomi dan kewangan serta menubuhkan pertumbuhan jangka sederhana yang berterusan”

Juga, walaupun ada siasatan antarabangsa ke atas skandal 1MDB yang mungkin memalukan bagi kerajaan Najib, namun selepas sekian lama penyiasat-penyiasat mendapati mereka gagal membuktikan apa-apa.

“isu-isu 1MDB dibelenggu tuntutan dan jawapan balas,”ujarnya

“Walaupun ramai rakyat Malaysia marah, mungkin ada lagi yang keliru dan penat dengan skandal itu,” dia menulis, sambil menambah bahawa pengesahan Arab Saudi minggu lepas bahawa ia adalah sumber daripada US $ 681,000,000 “derma” jelas memihak kepada Najib .

Akhir sekali, Greenlees menyatakan, pembangkang berpecah-belah dalam ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(selepas Anwar) Tidak ada calon yang jelas mampu menyatukan kepelbagaian pembangkang,” tulisnya.

Selfie Punya Hal – 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala Besut

8

Lima pelajar universiti yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter berjaya diselamatkan, tetapi terpaksa menanggung malu kerana kejadian itu berlaku gara-gara mereka mengambil gambar ‘selfie’.

Nasib mereka baik kerana tiada seorang pun daripada mereka mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut pada Rabu.

Kelima-lima mereka, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain apabila mereka berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar ‘selfie’ tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian.

“Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar.

“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook jabatan itu, Rabu.

Kemalangan berkaitan ‘selfie’ semakin meningkat, dengan 27 orang maut akibat insiden seumpama itu di seluruh dunia tahun lalu.

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan – Marah PKR Jadi Macai DAP

Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri.

Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP.

“Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP,” kata kenyataan Tumek, 59 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading.

“Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan Pembangkang ketika itu) supaya bertanding di Mas Gading,” katanya.

Kedudukan PKR dalam rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan pembangkang katanya, adalah umpama ‘seorang anak kecil yang mencuba sedaya upaya untuk terus selamat dalam persekitaran yang dihimpit permusuhan.’

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, perkembangan itu menyebabkan PKR Sarawak kehilangan sumbangan berharga Tumek.

“Kami akan benar-benar berasa kehilangannya kerana beliau telah mempamerkan kepimpinan yang berkualiti dan saya berpendapat beliau adalah seorang lelaki yang berintegriti, sebab itulah kami mencadangkan beliau menjadi seorang daripada naib pengerusi (PKR) negeri,” katanya.

Yang pasti, perkembangan terbaru ini adalah cerminan suara autonomi yang kononnya diwar-warkan PKR dan DAP kepada warga Sarawak.

Suara anak negeri diketepikan, sebaliknya suara muktamad pusat menjadi noktah.

PKR sehingga kini membayangkan akan bertanding di 40 kawasan manakala DAP mahukan 30 kawasan pada pilihan raya ke-11, 7 Mei ini.