Home Blog Page 1097

Helikopter Hilang: PM Bimbang

19

tmp_11641-helikopter hilang PM bimbang -519310552

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa amat bimbangnya mengenai laporan kehilangan sebuah helikopter ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

“Misi mencari dan menyelamat kini aktif dijalankan. Mari kita mendoakan keselamatan mereka,” katanya menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

https://twitter.com/NajibRazak/status/728219052414410756?s=09

Helikopter Hilang: DCA Tidak Terima Panggilan Kecemasan

24

tmp_24419-helikopter hilang noriah kasnon-519310552

KUCHING: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima panggilan kecemasan daripada helikopter yang membawa kenamaan termasuk seorang timbalan menteri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada DCA, pesawat itu hilang daripada radar pada pukul 4.32 petang di kawasan Triso, Sri Aman.

“Banyak berita mengatakan pesawat itu dah jumpa dan diviralkan namun tiada pengesahan.

“Namun sehingga kini DCA sahkan tidak ada kesan mendarat di mana-mana daerah di Sarawak.

“Jangan viral dan kata dah jumpa sebab setakat ini DCA tak kesan apa-apa landing point,” katanya pada sidang media di sini, Khamis malam.

Sehubungan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan semua jabatan dan agensi berkaitan telah digerakkan.

Menurut beliau buat masa ini SAR akan memberi tumpuan di kawasan Triso, Sri Aman.

Bagaimanapun pada sidang media itu Muhammad Sabtu tidak memberi apa-apa pengesahan mengenai maklumat penumpang.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

18

KUCHING: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa kenamaan disahkan hilang daripada radar di Sarawak.

Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

“Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan.

“Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Banglo Lim Guan Eng: Peguam Negara Nafi Tutup Kes Akuan Berkanun Palsu Phang Li Koon

52

KENYATAAN MEDIA

BERHUBUNG DENGAN LAPORAN POLIS TERHADAP AKUAN BERKANUN OLEH PHANG LI KOON

Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.

TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI
Peguam Negara Malaysia

04 Mei 2016
4.45 PM

#PRNSarawak11: #TheAdenanWay Oooooha (video)

24

Kamek urang Sarawak
Unik kamek unik
Kamel lambang 1Malaysia
Sik suka bencik membencik
‪#‎TheAdenanWay‬ Oooooha

#PRNSarawak11: Video Amanat Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem kepada Rakyat Sarawak

20

Amanat Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem kepada Rakyat Sarawak.

Barisan Nasional berkempen untuk kemajuan negeri dan rakyat bukan berkempen seperti pembangkang dengan mengajar rakyat politik kebencian, mengajar rakyat memfitnah, mengaib, mencerca dsbnya.

Lelaki Malaysia Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Ho Chi Minh

21

Mohd Azhar Abdull Wahab ho chin minh

Seorang rakyat Malaysia dijumpai meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Bandar Raya Ho Chi Minh semalam, kata Kementerian Luar Malaysia hari ini.

Lelaki berusia 33 tahun itu dikenal pasti sebagai Mohd Azhar Abdull Wahab.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata polis Bandar Raya Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematian Mohd Azhar.

Kata kementerian itu, Pejabat Konsul Jenderal Malaysia dimaklumkan tentang kematian Mohd Azhar oleh Jabatan Hubungan Luar Negara Bandar Raya Ho Chi Minh.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya, Pejabat Konsul Jeneral terus menghubungi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan khabar sedih itu. Para pegawai Pejabat Konsul Jeneral sedang berhubung dengan keluarga simati bagi menghulurkan bantuan dan sokongan,” katanya.

Kementerian itu mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Azhar.

Polis Perak Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

462

Gunalan Muniandy palsu hina agama

Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya

6

Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP

Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak.

“Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak,” katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng.

“Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang,” katanya Shamsul menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, adalah menyedihkan apabila kini ada enam kerusi yang sama-sama ditandingi PKR dan DAP, termasuk Batu Kitang.

“Kesan secara langsung adalah ia tidak akan memberi laluan mudah untuk Pakatan Harapan menang, malahan akan mengurangkan peluang calon PKR, Voon Shiak Ni (Batu Kitang),” katanya.

Kata Shamsul, rundingan berkaitan agihan kerusi dijalankan dengan telus dan adil.


 Guan Eng akui ‘diperdaya’ PKR, terpaksa lawan di enam kerusi

Tindakan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 hanya mengundang padah kepada pembangkang.

Ia bukan sahaja memberi peluang lebih besar kepada calon Barisan Nasional (BN) menang di kerusi tersebut disebabkan undi pecah tetapi kedua-dua parti boleh dipecat dari Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod ketika PH ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan AMANAH menandatangani perjanjian bersama yang bersetuju PH hanya meletak seorang calon untuk mewakili pembangkang dalam mana-mana pilihan raya.

PH membuat peraturan itu termasuk memecat mana-mana parti yang engkar dalam usaha mereka bagi mengekalkan pakatan tiga parti pembangkang itu selepas PAS diketepikan.

Bagaimanapun, keputusan yang dipersetujuan termasuk penentuan pembahagian kerusian yang mesti diluluskan Majlis Presiden PH dilanggar pada PRN Sarawak.

Malangnya, PKR memukul gendang perang dengan mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak apabila bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.

DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR

Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihan raya.

Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa terpassa menunggu dalam kenderaannya berhampiran pusat penamaan calon sehingga PKR meletakkan calon bagi Mambong barulah beliau menyerahkan borang pencalonan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa “diperdaya”.

“Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?” katanya kepada pemberita di Miri.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Berikut senarai enam kerusi yang jadi rebutan dan senarai calon.

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)

Abdul Aziz Isa (DAP)

Voon Shiak Ni (PKR)

Othman Bojeng (Bebas)

Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)

Paul Baya (PKR)

Paul Raja (DAP)

Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)

Mathew Silek (DAP)

Abun Sui (PKR)

Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)

Norina Umoi anak Utot (PKR)

Leon Jimat Donald (DAP)

Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)

Sanjan Daik (DAP)

Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)

Richard Anak Lias (DAP)

Thomas Laja Anak Besi (PKR)

Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

PRN Sarawak 11: Janji Di Capati Pakatan Harapan

6

Perjanjian Pakatan Harapan 9 Jan 2016

“5.2 Pakatan Harapan Akan meletakkan Satu calon Sahaja Untuk mewakili Pakatan Harapan Di dalam Sesuatu Pilihanraya di Mana-Mana Peringkat.”

Dan semalam, DAP dan PKR bertanding antara satu sama lain di dalam ENAM kerusi dalam pilihan raya Sarawak.

Orang-orang ini benar-benar tidak boleh dipercayai.

3 1/2 bulan sudah perjanjian bertulis ditandatangani mereka mungkir.

Janji bertulis yang mudah seperti ini yang telah dipersetujui bersama pun tidak boleh ditepati dan boleh diingkari dalam masa yang singkat, bolehkah Rakyat mengharapkan untuk mempercayai pakatan ini dan pemimpin mereka?

OH TIDAK!

JANJI DICAPATI.

Sama ada mereka sekarang mati, dalam keadaan koma, bercerai, main kayu tiga Pakatan RAKYAT yang dibentuk sebelum ini telah dipecahkan oleh Pakatan HARAPAN oleh orang-orang hanya tidak boleh dipercayai. Sekarang giliran Pakatan HARAPAN pula akan dipecahkan.

Orang-orang ini adalah penipu hanya berebut kuasa.

Mereka juga berbohong dan menipu sesama sendiri. Dan anda fikir anda boleh mempercayai mereka untuk melakukan apa yang terbaik untuk anda? l

Fikir-fikirkan lah.