Home Blog Page 1095

RUU Mahkamah Syariah: Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan – Datuk Huan

136

datuk-huan-pcm

Kenyataan Rasmi PCM

*Pemimpin parti komponen BN jangan cepat melatah*

*Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan*

KUALA LUMPUR 30 Mei – Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dan mengambil keputusan terburu-buru berhubung pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, tiada sebarang keperluan untuk mereka berbuat demikian yang dianggap sebagai satu perbuatan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) bukan hukum hudud. Biar Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berikan penjelasan terdahulu.

“Jika selepas penjelasan dan dapati pindaan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga kepentingan masyarakat bukan Islam, mereka boleh menolak pindaan rang undang-undang itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti komponen BN, antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyuarakan hasrat meletakkan jawatan dalam Kabinet jika rang undang-undang tersebut diluluskan.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Perdana Menteri telah menjelaskan, pembentangan usul rang undang-undang persendi­rian itu di Dewan Rakyat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah hukum hu­dud.

Menurut Cheng Guan, sebagai ahli Parlimen, ketua-ketua parti komponen BN terbabit harus faham tentang prosiding di Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan ataupun andaian yang akan memberi kesan kepada semua pihak.

“Jika mereka bersuara tentang demokrasi selama ini, sekurang-kurangnya biarlah penjelasan daripada Abdul Hadi didengar dahulu, kemudian baharulah berfikir untuk membuat apa-apa keputusan.

“Perkara ini tidak akan ada penyudahnya jika sering dipersoalkan kerana pihak pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan rang undang-undang persendirian dalam setiap persidangan Dewan Rakyat,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan sekali lagi supaya semua pihak bertenang dan dengar dahulu penjelasan oleh Abdul Hadi berhubung pindaan rang undang-undang tersebut.

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Naib Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*

Mastura boleh bertanding, PM dan MB tanya saya sebelum umum- Mufti Perak

PRK Kuala Kangsar Mastura Edah

Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Kahir-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd Yazid tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.

Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.

“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.

“Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” kata Harussani.

Mengulas lanjut mengenai pencalonan itu Harussani berkata sebelum kerajaan memutuskan untuk mencalonkan Mastura hal tersebut telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN Kuala Kangsar di Safari Resort.

Mastura bagaimanapun tidak hadir semasa pengumuman tersebut dan watikah pelantikan diberikan kepada anaknya sebagai wakil.

Dalam satu video yang ditayangkan, Mastura berterima kasih kerana memilihnya sebagai calon di Kuala Kangsar.

Sebelum ini Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya kerana baru kematian suami.

Oleh itu beliau mencadangkan agar anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.

Peragut Ditahan Di Selisik

3

ragut-slim-river

SUNGAI SELISEK: Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan ragut sekitar daerah ini berjaya ditahan polis dalam serbuan di Gedangsa, Selangor 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tangkapan lelaki berusia 39 tahun itu adalah susulan daripada satu kes ragut membabitkan seorang jururawat wanita Hospital Slim River pada 19 Mei lalu.

Menurutnya, tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim yang membuat intipan terhadap suspek.

“Pada kira-kira 11 pagi, sepasukan polis membuat intipan di Klinik Kampung Selisik, Hulu Selangor dan setengah jam kemudian suspek yang dikehendaki tiba dengan menunggang motosikal jenis Honda Dash warna merah/hitam.

“Lelaki berkenaan masuk ke kawasan klinik dan kemudian pasukan serbuan terus perkenalkan diri sebagai polis serta membuat tangkapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tian Kee berkata, semasa tangkapan dibuat berlaku pergelutan namun tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam kejadian 9 malam 19 Mei lalu, mangsa Rohana Ayob, 37, cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan serta tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika mengejar suspek yang meragutnya.

RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

78

RUU Persendirian Akta 355 1

RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

Alhamdulilllah hari ini (26/5/16) tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang2 Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya juga dibentangkan di Parlimen.

Usul yang dibawa oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut dicadangkan oleh Menteri daripada Barisan Nasional sendiri Datuk Seri Azalina Othman dan disokong seorang lagi Timbalan Menteri BN iaitu Datuk Rosnah Shirlin, walaupun mendapat tentangan hebat daripada Ahli2 Parlimen DAP.

Akta ini dicadangkan untuk dibahas dan dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperluasakan kuasa lebih besar menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad melebihi kuasa yang sedia ada yang sebelum ini hanya terhad kepada hukuman denda RM5,000, penjara 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali. Dengan pindaan Akta 355 ini kelak diharapkan hukuman kepada jenayah2 tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yang ditetapkan oleh Syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Harus diingat pindaan ini tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan perluasan kuasa2 Mahkamah Syariah dibawah negeri2 sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Moga Allah membuka hati Ahli2 Parlimen Malaysia untuk menerima usul ini kelak tanpa perlu mencetuskan andaian2 yang tidak benar apatah lagi menakut2kan rakyat dengan sesuatu yang tidak berasaskan realiti sebenar hukum syarak dan realiti masyarakat berbilang agama dalam konteks negara ini.

*YB SENATOR DATO’ DR ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI*
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)

Terima Kasih Kerajaan Benarkan Usul RUU Persendirian Akta 355 dibentangkan – Hadi Awang

79

 RUU Persendirian Akta 355 2

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa usul itu tidak didebatkan pada hari ini, anggota parlimen Marang itu berkata, ia adalah disebabkan kekangan masa.

“Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini.

“(Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, menyentuh mengenai rang undang-undang tersebut, Abdul Hadi sekali lagi menjelaskan bahawa akta tersebut hanya menyentuh masyarakat Islam di negara ini.

“Ini usul berkait dengan naik taraf mahkamah syariah. Ini kali keempat saya kemukakan sejak 1995. Ia bukan baru.

“Ini berkaitan orang Islam sahaja tak ada kaitan dengan orang bukan Islam,” jelasnya.

Pada Mac tahun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud.

Ekoran itu, Abdul Hadi mengemukakan notis di Dewan Rakyat bagi membawa Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355- Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada masa ini, Akta itu mengehadkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, dan dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

Abdul Hadi mahu menggantikan Seksyen 2 dan Seksyen 2A Akta itu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.

Undi majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.

RUU Persendirian Akta 355 1

#MS804 EgyptAir: Serpihan Pesawat Ditemui Di Utara Alexandria – Tentera Mesir

12

Tentera Laut juga menemui barang-barang milik penumpang, carian perakam penerbangan diteruskan.

MS804-Egyptair-serpihan

Tentera Mesir berkata mereka telah menemui bahagian serpihan pesawat EgyptAir yang hilang 290 kilometer ke utara bandar pantai Mediterranean, Alexandria.

Tentera juga telah menemui beberapa barang penumpang dan meneruskan pencarian disekitar kawasan tersebut untuk mencari kotak hitam Penerbangan MS804, menurut satu kenyataan yang disiarkan di Facebook oleh jurucakap tentera Mesir, Brig. Jeneral Mohammed Samir.

Video: Polis Cari Dua Individu Susulan 'Ludah' Durian Di Gombak

3

Polis sedang mencari pekerja gerai durian yang dikaitkan dengan insiden ‘meludah’ isi buah itu sebelum dijual kepada pelanggan di Taman Sri Gombak.

Pada masa sama, polis turut mencari pemilik akaun Facebook di mana rakaman insiden itu dimuat naik.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata siasatan awal mendapati pekerja warga Indonesia berusia sekitar 20-an itu hanya meniup serangga yang hinggap pada buah itu.

Susulan insiden kira-kira pukul 3.30 petang Rabu itu, Ali berkata polis menahan pemilik gerai durian warga Indonesia berusia 53 tahun yang memiliki status pemastautin tetap di negara ini, bagi membantu siasatan.

“Gerai itu baru sahaja lima hari beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan tugasan syif bagi unit kereta peronda MPV di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, Khamis.

Mengenai akaun Facebook yang dikenali sebagai ‘lonely stone cool’ itu, Ali berkata polis mendapati akaun yang sebelum ini memaparkan video berdurasi satu minit dan 48 saat itu, telah dipadamkan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang Mohamad Zin Masoad ketika dihubungi Bernama berkata gerai itu tidak mempunyai lesen dan beliau dimaklumkan ia telah ditutup setelah ditegur penduduk setempat.

Sementara itu, IPD Gombak pada Khamis menerima empat MPV baharu bagi menjalankan rondaan cegah jenayah di 17 sektor sekitar daerah berkenaan melalui lima syif sehari berbanding empat sebelum ini.

Video: ADUN DAP Dan PKR Pertikai Kos Kajian Projek Terowong Pulau Pinang Terlalu Mahal

60

Wakil rakyat Ke­ra­jaan DAP Pulau Pinang mempersoalkan kos awal (pra) kajian impak alam sekitar (EIA) bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut yang disifatkan terlalu mahal.

Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, bagi prakajian EIA itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membayar sebanyak RM135 juta daripada jumlah keseluruhan RM138.9 juta setakat ini.

Malah, beliau turut mempersoalkan apa kesudahan ke atas kos yang sudah dilaburkan itu sekiranya hasil akhir kajian EIA tersebut me­rumuskan projek berkenaan tidak sesuai dijalankan.

“Katakan jika prakajian untuk projek te­rowong itu tidak lulus, contohnya kerana ada kerja pemotongan bu­kit untuk bina tiga lebuh raya, sedangkan kita sudah membayar kos sebanyak RM138.9 juta untuk pemajuan projek,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norlela turut mempersoalkan sama ada menjadi amalan kepada kerajaan negeri menggunakan konsep mengambil sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan kos sesebuah projek sebagai kos untuk kajian pra-EIA.

Sedangkan kata beliau, secara kebiasaannya kos kajian EIA itu ditentukan berdasarkan faktor seperti yuran profesional dan kos pelaburan semula.

Sementara itu, berhubung isu sama, Lim Hok Seng (DAP-Bagan Jermal) mengesahkan projek terowong dasar laut itu tidak memerlukan kajian secara mendalam ke atas impak alam sekitar (DEIA) sebaliknya memadai hanya kajian pra-EIA.

Menurut beliau, kos keseluruhan bagi kerja-kerja EIA oleh konsultan itu adalah sebanyak RM138 juta yang dibayar menerusi pemberian ta­nah bernilai RM135 juta dengan kerajaan negeri masih berhutang RM3 juta.

Projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini bukan sahaja mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk negeri ini, malah turut dipertikaikan oleh wakil rakyat kerajaan negeri sendiri khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

Antara yang dipersoalkan adalah kelewatan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri berhubung projek itu yang belum didedahkan sehingga kini.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pula berkata, kerajaan negeri perlu menjelaskan bagaimana kos pembinaan terowong dasar laut yang dirancang boleh menjadi lebih mahal sehingga 250 peratus daripada projek jalan terowong dan pengurusan air banjir (Smart).

Katanya, perbandingan itu berdasarkan perbezaan kadar kenaikan harga setahun bagi kedua-dua projek itu seperti dilakukan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Menurut beliau, kos keseluruhan pembinaan terowong Smart hanya RM1.93 bilion berbanding RM3.6 bilion yang diperlukan untuk melaksana terowong dasar laut.

Malah katanya, terowong Smart juga adalah lebih panjang iaitu 9.7 kilometer berbanding terowong dasar laut iaitu dijangkakan hanya 7.2 kilometer.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Ishak berkata, projek itu bukan satu keperluan mendesak, sebaliknya banyak lagi isu lain yang lebih penting perlu diberikan keutamaan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Antaranya, kata beliau, ialah mencari mekanisme bagaimana untuk menangani masalah penghijrahan penduduk miskin ke ne­geri lain yang mungkin disebabkan oleh faktor kegagalan kerajaan ne­geri membela nasib golongan ber­kenaan dari sudut perumahan dan ekonomi mahupun soal kebajikan.

‘‘Adalah tidak praktikal sebuah kerajaan negeri lebih menitikberatkan soal projek mega sedangkan pada masa yang sama, nasib rakyat berpendapatan sederhana dan miskin diabaikan akibat pembangunan yang mendapat restu pihak kerajaan yang lebih berkonsepkan ‘mesra pemaju’,” katanya.

“Kerajaan negeri perlu sedar dan faham bahawa kedua-dua projek berkenaan bukanlah kehendak majoriti rakyat Pulau Pinang, sebaliknya ia adalah ilham dan kehendak segelintir individu yang bernaung di bawah payung kerajaan negeri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rahmad, ironinya mengapa perlu dibangunkan terowong bawah laut sedangkan dua jambatan sedia ada sudah memadai menjadi penghubung kepada rakyat mahupun logistik dari Seberang Perai ke kawasan pulau.

Jelasnya, persoalan sama turut dibangkitkan tentang apakah wajar mewujudkan tiga buah pulau hasil tambakan laut seluas 1,659 hektar semata-mata bagi mendapatkan modal RM27 bilion yang kononnya bagi menampung kos projek aliran trafik di negeri ini.

Selain itu, katanya, jika kerajaan negeri mempunyai kepakaran dan berhasrat menaik taraf sistem trafik di negeri ini, ia mampu dilaksanakan secara berskala kecil dan berperingkat-peringkat tanpa peruntukan berbilion ringgit serta tidak perlu menggadai tanah rakyat negeri ini dengan cara menjual tiga buah pulau berkenaan kepada pihak ketiga.

“Kita juga ingin mempersoalkan bilangan rumah mampu milik, sederhana dan ke bawah yang akan dibina di atas tanah-tanah tambakan laut berkenaan bagi mengisi keperluan rakyat miskin negeri ini.

“Justeru itu, PAP meminta agar agensi kerajaan Pusat tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak dan segera mengambil tindakan susulan sebelum projek itu diluluskan,” ujarnya.

kajian-pembinaan-terowong-pulau-pinang

#MS804: Tiada Penemuan Serpihan EgyptAir Di Pulau Greece Seperti Dilapor Media

7
Dua objek ditemui pasukan pencari dan penyelamat terapung di Pulau Greek bukan milik pesawat EgyptAir yang hilang..
Dua objek ditemui pasukan pencari dan penyelamat terapung di Pulau Greek bukan milik pesawat EgyptAir yang hilang..

Laporan dua serpihan besar pesawat EgyptAir yang dilaporkan terhempas di Laut Mediterranean ditemui berhampiran dengan Pulau Greece, Khamis malam disangkal oleh Naib Presiden EgyptAir, Ahmed Adel .
Serpihan yang ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat (SAR) dilihat terapung di lautan, kira-kira 370 kilometer dari selatan Pulau Crete bukan dari pesawat EgyptAir MS804.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Greece, Panos Kammenos berkata, pesawat itu ‘tiba-tiba membelok’ ketika di tengah udara dengan kelajuan 90 darjah ke kiri, kemudian 360 darjah ke kanan sebelum terhempas.
Manakala Menteri Penerbangan Awam Mesir,  Sherif Fathi turut berkata,  punca nahas ini kemungkinan besar disebabkan serangan pengganas berbanding masalah teknikal.

MS804 EgyptAir Hilang dari Radar – Tiada Penumpang Rakyat Malaysia

27

ms804-egypt-air-hilang-dari-radar

EgyptAir telah menyenaraikan 56 penumpang pesawat EgyptAir MS804 yang hilang dari radar mengikut warganegara seperti berikut:

30 Egyptian
15 French
2 Iraqi
1 British
1 Belgian
1 Kuwaiti
1 Saudi
1 Sudanese
1 Chadian
1 Portuguese
1 Algerian
1 Canadian

Antara penumpang adalah seorang kanak-kanak dan dua bayu.

Tiada Penumpang warganegara Malaysia.