Home Blog Page 1094

FITNAH RAFIZI BERKENAAN SEWA JET

86
Bulan puasa pun buat fitnah.
rafizi-bohong-sewa-jet
Kerajaan sewa Airbus A319 untuk tempoh 2 bulan kerana jet milik negara dalam proses penyenggaraan dalam tempoh itu.

Mana Rafizi dapat angka 86 juta?
Sedangkan paling mahal sewa adalah 2.56 juta selama 2 bulan.

Rosmah menggunakan jet tersebut untuk tempoh 26 jam pergi dan balik ke Istanbul kerana urusan menerima award dan sumbangan bagi pihak Permata

http://www.avibroker.com/leaseavailability.asp

http://www.airliners.net/aviation-forums/general_aviation/read.main/6360438

http://rafiziramli.com/2016/06/anggaran-kos-menyewa-jet-peribadi-acj319-a6-cje-sebanyak-rm86-juta-untuk-dua-bulan/

KHASIAT KOPI BIJI KURMA – JANGAN BUANG BIJI KURMA

14

Tanpa asid dan caffeine

kopi biji kurma 2

Biji kurma mengandungi pelbagai khasiat dan faedah perubatan. Ia membantu mencegah toksid atau kerosakan buah ginjal dan hati, baik untuk mencegah diabetes, tinggi kandungan anti oksidan, mencegah kerosakan DNA dan menentang pelbagai infeksi viral.

Fakta nutrisi biji kurma

Mengandungi 0.56–5.4% lauric acid.
Sumber oxalic acid.

Khasiat kesihatan biji kurma:

Merawat gula dalam darah

Berguna didalam merawat pesakit berkaitan gula dalam darah, diabetes dan yang berkaitan dengannya.

Menurut kajian terkini (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25612778) menunjukkan biji kirma berpotensi mencegah kesan awal komplikasi diabetic terhadap hati dan ginjal.

Merawat masalah jantung
Biji kurma Ajwa yang di proses menjadi kopi mampu merawat masalah jantung lihat sini http://tibbenabawi.org/index.php?option=com_content&view=article&id=333&Itemid=377

Mencegah kerosakan hati dan ginjal
Biji kurma kaya kandungan proanthocyanidins mencegah kerosakan hati (liver) dan ginjal.

Kajian menunjukkan kandungan proanthocyanidins membantu menentang kehadiran toksid didalam hati (liver) dan ginjal. (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25569813)

Antioksidan
Biji kurma mengandungi antioksidan yang tinggi. (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24644436)

Dalam kajian terkini,antioksidan didalam biji kurma berpotensi meningkat kesihatan. (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25553507)

Kajian lain (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24363720) menemui bahawa biji kurma Iran menjadi sumber semulajasi antioksidan untuk tujuan perubatan dan kegunaan komersial

Mencegah kerosakan DNA
Menurut kajian, biji kurma mampu mencegah kerosakan DNA. (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24945397)

Agen antiviral
Biji kurma bertindak sebagai agen antiviral terhadap pelbagai virus patogenik manusia. Ia boleh
berguna dalam rawatan dan pencegahan pelbagai jenis jangkitan virus.

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak biji kurma berkemampuan yang kuat untuk menghalang infeksi Pseudomonas faj ATCC 14209-B1 dan mencegah bakteria lysis sepenuhnya. (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18955267)

Cara membuat:

1. Basuh biji kurma
2. Jemur sehingga kering
3. Goreng tanpa minyak sehingga hitam
4. Kisar sehingga halus.

Sukatan:
Tujuh biji untuk 1 cawan kopi

Kopi biji kurma menyamai rasa kopi biasa dan tidak berasid serta tidak mengandungi kafein.

Bantuan RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

3

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini,” katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri2016,” kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

1MDB: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) Sahkan Tiada Bank Singapura Terima USD3 Bilion Daripada Goldman Sachs Group Inc. – Fitnah Protun Kantoi Lagi

85

1mdb-tiada-wang-3bil-disalur-ke singapura

Semalam, PROTUN sangat teruja memfitnah dan berkata, WSJ melaporkan bahawa USD3 bilion daripada jualan bon 1MDB pada 2013 dimasukkan ke sebuah cawangan bank Swiss Singapura, bermakna Najib menerima RM2.6b daripada 1MDB dan bukan dari Pak Arab.

Walau bagaimanapun, hari ini Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan kenyataan “sebagai tindak balas kepada pertanyaan media,” dengan mengatakan bahawa “tiada satu pun bank-bank di Singapura telah menerima USD3 bilion daripada Goldman Sachs Group Inc. berkaitan dengan jualan bon oleh 1Malaysia Development Bhd. “

PROTUN kantoi lagi.

Cuba lagi dengan fitnah yang lain.

Dan WSJ, sila berikan laporan dengan tepat.
Kita tahu lah sekarang ini berlangsung pilihan raya kecil dan masing-masing memasang strategi kempen, tetapi fitnah ini adalah amat memalukan.


http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-06-08/singapore-says-none-of-its-banks-got-3-billion-of-1mdb-funds


Satu Lagi Pembohongan WSJ Terbukti – Tengku Sariffuddin

Dakwaan palsu ‘The Wall Street Journal’ (WSJ) terhadap Malaysia sekali lagi terbukti sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Semalam, katanya, WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan US$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dengan sebahagian dana itu kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa tidak ada bank di Singapura menerima pemindahan wang US$3 bilion daripada Goldman Sachs berhubung terbitan bon 1MDB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Walaupun keseriusan dakwaan mereka, katanya, WSJ sama sekali tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka – ia kini menjadi proses standard pelaporan mereka mengenai Malaysia.

Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan seperti ‘mereka yang biasa dengan perkara itu’ dan ‘penyiasat-penyiasat’ tanpa nama,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata sumber-sumber ini mungkin atau mungkin tidak wujud atau hanya proksi-proksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kegagalan kempen anti-Najib beliau.

Tidak ada acara untuk rakyat Malaysia mengetahuinya kerana WSJ enggan mendedahkan sebarang sumber, katanya.

Menurutnya, setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan sebagai pembohongan.

Seperti dakwaan WSJ bahawa Perdana Menteri tidak disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau ditemuramah untuk beberapa jam pada 5 Dis 2015, katanya.

‘Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Seigar Abdullah sebagai gabenor baharu Bank Negara Malaysia, apabila ini semua adalah palsu,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata kini sudah jelas bahawa WSJ telah mengabaikan semua laporan berkecuali dan bebas mengenai Malaysia.

Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak disahkan oleh musuh kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat yang rela dalam kempen mereka secara terbuka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, katanya,

Beliau berkata ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan terbukti mengenai sebuah negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa mengambil sikap ‘menyebelahi’ dalam urusan dalaman negara.

Doa mustajab ketika berbuka puasa

13

doa-ketika-berbuka

Doa mustajab ketika berbuka puasa

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ »

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga do’a yang tidak tertolak: (1) do’a pemimpin yang adil, (2) do’a orang yang berpuasa sampai ia berbuka, (3) do’a orang yang dizalimi.” (HR. Tirmidzi no. 3595, Ibnu Majah no. 1752. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Hibban dalam shahihnya no. 2408 dan dihasankan oleh Ibnu Hajar).

Juga ada hadits,

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ »

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah no. 1753. Dalam sanadnya terdapat Ishaq bin ‘Ubaidillah. Ibnu Hibban memasukkan perawi ini dalam perawi tsiqoh.

Cara Solat Sunat Dhuha Serta Doa

17

Solat Sunat Dhuha mempunyai manafaat yang sangat besar. Mereka yang mengerjakan solat Dhuha akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT sepanjang hari. Dosa-dosanya diampunkan, terhindar dari perbuatan-perbuatan buruk, Allah melimpahkan rezeki sepanjang hari serta pelbagai kebaikan lain.

Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya untuk melakukan amalan solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah RA:

Sholat_Sunat_Dhuha

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Rasullullah SAW  juga bersabda;

“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”  – HR Al-Hakim dan At-Tabrani

Solat Dhuha iaitu solat sunat yang dilakukan pada waktu Dhuha, iaitu pada ketika matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari -waktu syuruk) sehingga matahari berada tepat di tengah-tengah langit iaitu sebelum menjelang waktu Zuhur.

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau boleh diulang sehingga enam 6 kali solat atau 12 rakaat. Ada yang berpendapat paling banyak yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat.

Lafaz Niat Solat Dhuha;

Sholat_Dhuha“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Sunat Dhuha

Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu lebih afdhal untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.

Doa Solat Dhuha;

Doa_Sholat_Sunat_Dhuha

“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”

Maksud Doa Solat Dhuha

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Jom kita sama-sama jadikan solat Dhuha sebagai kelaziman harian kita, semoga dipermudahkan.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Panduan solat Dhuha ini merujuk kepada Panduan UniSZA.

Cara Solat Sunat Tahajjud Ringkas Serta Doa

22

Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai kelebihan.

Firman Allah SWT;

“Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.” – Surah Al-Isra’ : Ayat 79

Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk syurga dengan selamat.”HR Tirmidzi

Salah satu ibadah pada waktu tersebut ialah mengerjakan solat sunat Tahajjud.

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu. – JAKIM

Ringkasnya 2 rakaat.

Fadhilat Solat Sunat Tahajjud

i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin.
iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
v. Dimudahkan hisab ke atasnya.
vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
vii. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
viii. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

Lafaz niat:Lafaz_Niat_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolatMaksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan:

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2Selepas salam hendaklah membaca doa ini:

Doa Ringkas

Doa_Ringkas_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api neraka.”

Doa Solat Sunat TahajjudDoa_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Sukar untuk bangkit pada waktu malam? Berikut beberapa saranan untuk memudahkan kita bangkit:

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Selalu menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.

Ianya bergantung kepada kehendak dan keinginan seseorang, sekiranya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Muat turun panduan Qiamullail dari JAKIM di sini.

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

24

Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah.

Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad, iaitu sangat-sangat dituntut melakukannya. Rasulullah SAW bersabda;

Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat Witir, sebab Allah itu Witir(Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir.” (Riwayat Ahmad)

Ia boleh didirikan sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia boleh dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri 1 rakaat atau diakhiri 3 rakaat  (1 tahiyyat 1 salam).

Waktu Solat Sunat Witir iaitu setelah solat Isyak sehingga menjelang Subuh. Ia merupakan pelengkap atau penutup solat sunat Tahajjud @ solat malam dan juga solat Tarawih. Rasulullah SAW bersabda;

Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Riwayat Bukhari RA dan Muslim RA)

Fadhilat Solat Sunat Witir

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir

Secara kebiasaannya solat witir dilakukan 2 rakaat 1 salam diikuti 1 rakaat 1 salam.

Lafaz niat 2 rakaat;

Solat_Sunat_Witir_1_MyWaktuSolatMaksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan:

Pada rakaat pertama hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la.

Solat_Sunat_Witir_3_MyWaktuSolat Pada rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Solat_Sunat_Witir_4_MyWaktuSolatLafaz niat 1 rakaat;

Solat_Sunat_Witir_2_MyWaktuSolatMaksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan:

Setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas;

Solat_Sunat_Witir_5_MyWaktuSolat

Selesai sahaja tahiyyat dan salam, bacalah bacaan berikut;

Wirid_Solat_Sunat_Witir

Doa Solat Sunat Witir;

Doa_Solat_Sunat_Witir

Peringatan:

Sesiapa yang telah mengerjakan solat witir penamat, kemudian mahu bersolat lagi selepas itu, maka dia boleh bersolat tetapi tidak mengulangi lagi solat witir. Ini kerana Rasullullah SAW telah bersabda bermaksud;

Tidak ada dua witir pada satu malam.” (Riwayat Ahmad)

Walau bagaimanapun mengikut pendapat ulama dalam Kitab Bahrul Mazi mengatakan, sesiapa yang telah mengerjakan solat witir pada awal malam dan bangun pada di tengah malam serta mahu mengerjakan solat lagi, maka dia hendaklah mengerjakan witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan witir pada awal malam tadi.

Setelah mengerjakan solat witir satu rakaat barulah dia mengerjakan solat tahajjud atau solat-solat sunat yang lainnya. Setelah itu diakhiri dengan solat witir. Ia dikira sebagai satu witir sahaja pada waktu malam. Wallahua’lam…

Panduan di atas berdasarkan kepada Panduan Qiamullail terbitan JAKIM serta beberapa rujukan lain.

Treler Terbabas Di Lebuhraya Utara Selatan Dekat Bukit Beruntung Akibatkan Kesesakan Teruk

14

treler-terbabas-bukit-beruntung-1

treler-terbabas-bukit-beruntung-2

HULU SELANGOR – Sebuah lori treler yang membawa muatan tujuh buah kenderaan baharu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan di Km 421.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara menyebabkan kesesakan teruk selama empat jam di kedua-dua arah tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari, treler berkenaan dalam perjalanan untuk membawa tujuh kenderaan itu dari Melaka ke Pulau Pinang.

“Pemandu treler berusia 40-an itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta di hadapannya sebelum melanggar penghadang jalan dan termasuk ke laluan bertentangan ke arah selatan.

“Treler berkenaan turut melanggar pada bahagian belakang sebuah kereta setelah memasuki laluan yang bertentangan,” katanya ketika dihubungi.

Supramaniam berkata, tiada mangsa yang cedera akibat kemalangan itu, namun ia menyebabkan kerosakan kenderaan dan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer sehingga kerja membersihkan jalan selesai dilakukan pada pukul 4 petang.

Beliau berkata, semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor untuk siasatan lanjut.

Katanya, pemandu lori berkenaan turut dibawa ke balai polis berkenaan untuk disiasat kerana disyaki memandu dengan cuai.

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

37

RUU Persendirian Akta 355 1

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI