Niaga hadapan emas ditutup tanpa diniagakan

0
422
am-:-niaga-hadapan-emas-ditutup-tanpa-diniagakan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tanpa diniagakan pada Jumaat berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Lee Pei Wan berkata harga niaga hadapan emas COMEX AS kekal kukuh dalam kebimbangan yang meningkat mengenai penularan varian Delta COVID-19.

“Pasaran akan memantau impaknya terhadap pemulihan ekonomi serta kemungkinan sentimen risiko yang terjejas,” katanya.

Pada penutup, bulan semerta Ogos 2021, September 2021, Oktober 2021 dan November 2021, masing-masing pada RM255.00 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lima kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal merosot 54 sen kepada RM235.09 segram daripada RM235.63 segram semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.