NAJIB UMUM SEBULAN TAMBANG MRT PERCUMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan tambang perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai 6.00 pagi esok sehingga 16 Januari tahun depan.

Najib berharap hadiah Tahun Baru istimewa itu akan menggalakkan rakyat untuk mencuba perkhidmatan baharu itu.

Beliau bersukacita mengumumkan projek MRT bukan sahaja berjaya disiapkan mengikut jadual, malah berjaya menjimatkan RM 2 bilion daripada kos asal.

“Pada permulaan projek ini, kerajaan menetapkan kos projek sebanyak RM23 bilion.

“Semua kontrak sudah dianugerahkan dan kerja pembinaan di sepanjang laluan hampir siap dengan kos RM21 bilion. Kita berjaya menjimatkan RM2 bilion,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran operasi fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di stesen Kwasa Damansara.

Fasa kedua MRT Laluan Semantan-Kajang, yang melibatkan terowong bawah tanah akan dibuka pada 31 Julai tahun depan.

Kedua fasa itu sebahagian daripada projek MRT sepanjang 51km dan 31 stesen.

MRT akan menyediakan 112 bas perantara yang akan beroperasi di 25 laluan dari 12 stesen mulai Jumaat.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

20161216-najib-razak-tambang-mrt-percuma-sebulan

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img