Amat mengejutkan juga apabila Tun Mahathir membuat andaian bahawa kerajaan pimpinan DS Najib cuba menghapuskan legasinya.
Kenyataan yang tidak berasas oleh Tun Mahathir ini bertujuan untuk membuat rakyat membenci DS Najib dan sekaligus menambahkan lagi “point point” kebencian kepada kerajaan kepimpinan DS Najib.
Keadaan bertambah buruk apabila pentaksub Tun Mahathir yang terkenal dengan kejahilan mereka berkenaan Tun Mahathir sendiri membuat andaian yang sama.
Kemudian apabila Datuk Salleh Said Keruak memberi sindiran bahawa jika kerajaan hari ini mahu menghapuskan legasi Tun Mahathir mereka sudah pun robohkan KLCC.
Kenyataan DSSK pula disambut oleh penyokong Tun Mahathir yang terserlah bengapnya konon kononnya merobohkan KLCC adalah satu kerja bodoh dan jahat.
Seolah olah benar ia mahu dirobohkan.
Betapa “shallow” nya pemikiran penyokong Tun Mahathir.
Persoalannya jika mereka menyokong Tun Mahathir, adakah mereka sendiri ada membaca setiap hadis yang dikeluarkan oleh blog Tun Mahathir?
Jika mereka ada membaca kenapa mereka tidak dapat mengandaikan kata kata Salleh Said Keruak itu hanya sebagai sindiran sahaja?
Tun Mahathir pula dalam kenyataan terbaru cuba memanaskan lagi isu iaitu menyatakan jangan sahaja robohkan KLCC, kenapa tidak robohkan Putrajaya dan KLIA juga?
Ini hanya untuk memanjangkan keadaan sahaja sedangkan Tun Mahathir pun tahu DSSK hanya membidas dengan menyindir tetapi pasaran Tun Mahathir adalah para para jahil yang ada di luar yang menyokongnya.
Tun amat berharap para jahil ini semua sahut dengan kemarahan. Ini amat penting kerana Tun Mahathir sudah ketirisan sokongan dan kepercayaan.
Sebenarnya, Perdana Menteri dilantik bukan untuk membina legasi.
Perdana Menteri membuat sesuatu seharusnya untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk kebanggaan diri.
Tun Razak membina legasi FELDA pun bukan untuk diri nya dan mengetahui tanah adalah milik negara.
Tun Mahathir ada berapa banyak legasi pun bukan hasil dari wangnya, tetapi wang rakyat.
Najib Razak tidak pun membina kerjaya anaknya untuk bersiap menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan sedangkan dia berkuasa pada hari ini.
Perdana Menteri dilantik untuk kesejahteraan rakyat. “Full stop”.
Walaupun Tun Mahathir boleh dikira sudah tergelincir dari landasan sebenar seorang Perdana Menteri, ia itu sempat memberi kekayaan kepada anak beranaknya dan juga para kroninya, namun orang UMNO tidak pun berkata buruk kepada nya sehingga lah Tun Mahathir sendiri bersikap melampaui batas (transgress beyond boundaries).
Hanya semenjak Tun Mahathir bersikap “kurang ajar” kepada parti UMNO yang memberi dia kuasa, kekayaan dan juga nama barulah orang UMNO bangkit dan menyirami Tun Mahathir dengan cerca dan makian serta mengungkit semua perbuatan buruk nya. “Tit-for-tat” kata orang putih.
Akhir sekali usahlah Tun Mahathir bersikap seperti kanak kanak kecil merengek bahawa kerajaan Najib mahu hapuskan legasinya, kerana tuduhan ini adalah tuduhan ulangan yang sudah pun ada ketika zaman Tun mahu tumbangkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
“Cuba hapuskan legasi saya” (Dismantling my legacies) itulah yang dilaungkan oleh Tun M kepada dunia waktu itu, namun akhir nya legasi Pak Lah Islam hadari yang terhapus bersama sama Pak Lah, sedangkan Tun Mahathir masih di sini dengan cubaann kali kedua mahu jatuhkan Perdana Menteri DS Najib pula.
Hanya Tun Mahathir sahaja yang sibuk berkenaan legasi, Tun Razak Hussien Onn, Abdullah Badawi, Najib Razak semua tidak sebegitu. Mereka hanya mahu menjadi Perdana Menteri yang baik dan bukan pembina legasi.
Jika Najib Razak mahu bina legasi, tentu anak lelaki pertamanya sekarang ini sudah diletakkannya dimana mana bahagian UMNO dengan jawatan yang baik menggunakan pengaruh nya untuk menyambung legasinya.