Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

0
88

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat….

Cuma beliau pemimpin yang realistik… Beliau melihat kebaikkan negara untuk jangan panjang… Beliau merancang macam-macam agar Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi dan maju… Justeru beliau memperkenalkan beberapa langkah yang kurang popular seperti GST dan penamatan subsidi…

Beliau tahu rakyat tak suka tetapi ia sesuatu yang perlu untuk jangka masa panjang… Untuk anak cucu cicit kita mewarisi satu Malaysia yang mantap dan maju… Najib banyak kali berkata, beliau tidak sesekali akan mengambil langkah yang bersifat populis semata-mata untuk kesenangan pentadbiran beliau untuk jangka pendek.

Akibat fitnah yang terancang dan berterusan, rakyat Malaysia gagal memahami rancangan dan matlamat jangka panjang beliau… Dan akhirnya memilih pemimpin penipu yang menjanjikan benda seperti PTPTN dimansuhkan… Tol ditamatkan.. Hutang peneroka dihapuskan dan macam-macam penipuan…tidak ada satu pun yang dilaksanakan.

Dan sejak itu, Malaysia berada dalam situasi ekonomi dan politik yang berada di gear undur….makin teruk saban hari.

Pandemik Covid-19 yg sebenarnya diurus dengan lemah dan polisi huru-hara serta tidak konsisten kerajaan kini, hanya memburukkan lagi keadaan.

Najib masih boleh membantu selamatkan Malaysia… Rakyat hanya perlu bersatu hati memberikan beliau hak untuk kembali mentadbir Malaysia. – Mynewshub.TV