MUNAJAT UMNO SEBUAH PERJUANGAN

Tuhan
​Mereka menghina Mu
​Mereka menghina agama Mu
​Mereka menghina Nabi Mu

​Mereka mencaci Raja-Raja kami
​Mereka mencerca bangsa kami
​Mereka hancurkan perpaduan kami

​Tentera kami dicabar
​Bendera kami dicalar
​Bahasa kami diselar
​Kami digelar orang luar

​Tulisan Jawi ditempelak
​Pendidikan anak-anak kami menjadi bahan lawak
​Khazanah negara kami dirompak
​Harta milik kami hilang tidak nampak

​Perlembagaan negara kami dicarik-carikkan
​Kedaulatan undang-undang kami dilacurkan
​Maruah negara kami dicalar tanpa pembelaan
​Ekonomi negara kami dihancur-leburkan
​Fitnah dan mehnah terhadap kami ditaburkan

​Namun kami cekal
​Semangat kami kental
​Inilah erti pengorbanan
​Kerana ……
​UMNO SEBUAH PERJUANGAN

Zahid Hamidi
Perhimpunan Agung UMNO ke 73
7 Disember 2019