HomeBERITAMujahid, jangan terlalu mengekor kemahuan DAP

Mujahid, jangan terlalu mengekor kemahuan DAP - huluselangor.com

Jangan terlalu menonjol sangat sikap mengekor segala kehendak dan kemahuan DAP, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau yang menujukan peringatan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Islam mengajar umatnya saling memperkuatkan antara satu sama lain.

Katanya, Dr. Mujahid sepatutnya memberi sokongan kepada kempen mengutamakan membeli barangan Muslim, bukan membuat kenyataan mengkritik usaha itu.

“Kalau anda mengadakan kempen membeli kereta nasional, adakah anda bermaksud memboikot kereta Jepun?

“Fikir-fikirlah YB (Yang Berhormat), jangan terlalu tonjolkan sangat sikap mengekor DAP,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mujahid Jumaat lalu yang dilaporkan berkata, Islam menekankan pembelian barangan halal dan bersih, tetapi tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan kaum serta agama.

Beliau berkata, ajaran Islam itu tiada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Islam yang dicanangkan sesetengah pihak.

“Ia benar, sebagai Muslim bila pergi ke luar negara pun, saya tanya halal atau tidak, saya tidak tanya dia Melayu, Cina atau Islam ke?

“Pergilah ke China, anda tidak boleh jumpa pun orang Melayu, semuanya Cina. Soalan saya ialah ini halal atau tidak (kerana) ada yang Muslim Cina, tapi tidak halal,” kata Dr. Mujahid.

https://huluselangor.com/tag/produk-muslim/

HomeBERITAMujahid, jangan terlalu mengekor kemahuan DAP

Berkaitan

POPULAR