HomeBERITAMisi pencarian dua anggota tentera hilang di Pulau Perak diteruskan

Misi pencarian dua anggota tentera hilang di Pulau Perak diteruskan - huluselangor.com

Misi pencarian anggota tentera yang hilang ketika bertugas sejak tiga hari lalu di Pulau Perak, Kedah diteruskan.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi ditangguhkan berikutan faktor cuaca buruk sehingga membataskan penglihatan.

Dua anggota yang hilang adalah dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) Kem Bukit Cowder, Perlis.

Mereka yang hilang dikenali sebagai Koperal David Edmun Rapid dan Lans Koperal Moses Logers menyertai Op Pejarak iaitu operasi yang dijalankan di bawah kawalan Markas Pemerintahan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Terdahulu, kehilangan anggota terbabit disedari pada lewat malam 19 Julai oleh Ketua Penempatan semasa membuat perbarisan pemeriksaan malam.

HomeBERITAMisi pencarian dua anggota tentera hilang di Pulau Perak diteruskan

Berkaitan

POPULAR