Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali sudah ditemui

0
512

HULU SELANGOR – Seorang lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, dekat sini sudah ditemui sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang sudah meninggal dunia itu dijumpai pukul 9.55 malam oleh pihak bomba.

“Mangsa yang dikenali Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Jenazah mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut,” ujarnya sebentar tadi.

Terdahulu, kegembiraan enam sahabat mandi di Sungai Batang Kali hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dilaporkan lemas dan gagal dikesan.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian pukul 4.31 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.