HomeBERITAMangsa kemalangan di jambatan Sungai Slim dikenal pasti

Mangsa kemalangan di jambatan Sungai Slim dikenal pasti - huluselangor.com

20161017-kemalangan-maut-jambatan-sungai-slim

SLIM RIVER: Dua mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Jambatan Sungai Slim, Kampung Balun, hari ini dikenal pasti sebagai Muhammad Syafie Abdul Latif, 25, dan Muhammad Hafizi.

Kemalangan yang membabitkan Perodua Axia, Toyota Innova dan Nissan Sylphy, 6.40 pagi tadi, turut mengakibatkan lima orang cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang maut menaiki Perodua Axia dipercayai dari arah Slim River ke Tanjung Malim.

Katanya, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke arah jalan bertentangan dan melanggar dua kenderaan dari arah berkenaan.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Berita terdahulu

SLIM RIVER : Dua maut dalam kemalangan tiga kereta berdekatan jambatan Sungai Slim, Kampung Balun, arah ke Tanjung Malim, 6.30 pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan jalan persekutuan Slim River-Tanjung Malim mengalami kesesakan sepanjang kira-kira tiga kilometer selama hampir sejam.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River dan setakat ini jumlah yang cedera belum diketahui.

Operasi menyelamat mangsa masih dijalankan.

HomeBERITAMangsa kemalangan di jambatan Sungai Slim dikenal pasti

Berkaitan

POPULAR