HomeBERITAMalaysia Street Dinamakan Di Palestin

Malaysia Street Dinamakan Di Palestin - huluselangor.com

PETALING JAYA – Palestin memberi kejutan kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-64 dengan menamakan salah sebuah jalan terpenting di negara itu sebagai Malaysia Street.

Berita gembira itu dikongsikan kepada rakyat Malaysia menerusi hantaran Facebook Terkini dan Sensasi Palestin semalam dengan menyifatkan ia merupakan hadiah terbesar Palestin kepada Malaysia.

“Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-64 pada tahun ini.

“Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia,” tulis hantaran itu.

Malaysia Street terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza iaitu berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa.

“Pemilihan lokasi itu menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka,”jelasnya.

Perasmian jalan tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Gaza, Dr. Yahya As-Sarraj dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Turut hadir Pengarah MyCare di Gaza, Dr. Ziad Shehadah. – K! ONLINE

HomeBERITAMalaysia Street Dinamakan Di Palestin

Berkaitan

POPULAR