Maksud emoji 2 tapak tangan… berdoa, terima kasih atau ‘high-five’?

0
680

SEJAK kebelakangan ini, dunia online berdebat tentang emoji dua tapak tangan yang dirapatkan, apa maksudnya ya?

Ada pengguna menganggap selama ini mereka tersalah memilih emoji itu apabila menggunakannya untuk mengekspresikan dua orang sedang melakukan ‘high-five’.

Namun, ramai juga yang mempertahankan pendirian mereka bahawa simbol itu sesuai untuk mengekspresikan permohonan maaf, tanda terima kasih atau tangan yang sedang berdoa.

Jadi yang mana satu betul?

Jika dilihat dengan teliti, apabila dua orang melakukan ‘high five’ dengan tangan yang sama (tangan kanan dengan tangan kanan), sudah pasti tapak tangan mereka tidak sejajar.

Ini berbeza dengan emoji tersebut yang kelihatan sejajar.

Berdasarkan penjelasan di laman database emoji, Emojipedia, gambar dua tapak tangan ini secara umum bermaksud ‘please’ atau ‘terima kasih’.

Emojipedia menyatakan emoji ini juga biasanya digunakan untuk ekspresi berdoa. Jadi inilah jawapannya.

Emoji orang sedang berdoa nampak jelas bagi sesetengah peranti atau aplikasi.

Perkara ini juga dapat dilihat daripada emoji yang direka oleh beberapa pengeluar telefon bimbit yang telah dipersetujui pula oleh Unicode.

Sebahagian besar perusahaan telefon bimbit menunjukkan emoji tersebut dengan orang yang sedang berdoa.

HTC dan Docomo misalnya, mereka bentuk emoji dua tapak tangan rapat tersebut, lengkap dengan orang yang nampak jelas sedang berdoa.

Emoji ini didaftar dengan nama rasmi Unicode ‘Person With Folded Hands’.

Emoji ini sebenarnya membawa beberapa maksud.

Dengan kata lain, seperti nama kod tersebut, emoji ini memiliki maksud bahawa hanya ada seorang yang sedang merapatkan tapak tangannya, bukan dua orang.

Bagaimanapun, Emojipedia juga menyatakan bahawa emoji ini boleh digunakan sebagai ekspresi ‘high-five’.

Beberapa keyboard, jaringan media sosial atau pesanan segera seperti WhatsApp juga menampilkan emoji ini ketika para pengguna menaip keyword ‘high five’, ‘thank you’, ‘please’ dan ‘pray’.

Kesimpulannya, maksud emoji sebenarnya bergantung kepada konteks yang digunakan dalam perbualan saat itu dan keperluan pengguna yang menggunakannya. – Kompas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.