Mahathir pakar ‘ambil kredit’

9
345

Kan saya dah kata. Akhirnya kita semua kena akui bahawa rancangan dahulu sebenarnya sangat baik. Tidak ada perkara baru yang dilakukan hari ini melainkan menukar jenama dan ambil kredit atas kerja buat orang lain.

Dahulu kritik ECRL sekarang puji ECRL. Dahulu tuduh jual negara sekarang puja Bandar Malaysia. Dahulu tolak Proton-Geely sekarang kagum dengan teknologi China. Dahulu kutuk TRX sekarang iktiraf aset paling menguntungkan negara.

Cuma nak sedap, dikatalah kononnya dah dibuat ‘detoxification’. Dan penyokong – penyokong semuanya menjadi burung belatuk mengiakan apa sahaja. Kalau detoxification, mana laporan Audit, SPRM dan dakwaan mahkamahnya?

Sama sahaja masa zaman PM ke 4. Kononnya Jambatan Pulau Pinang dibina pada zamannya. Sedangkan idea tersebut dah dikaji pada tahun 1975. Zaman Tun Razak

Dipuja konon Lebuhraya PLUS yang memacu ekonomi koridor utara dan barat adalah bukti genius pemikirannya. Sedangkan idea itu telah bermula 1976. Zaman Tun Hussein. Kebetulan siap pada zamannya (1994)

Malahan pet project beliau seperti Malaysia Super Corridor (MSC) yang meniru Lembah Silikon akhirnya gagal dan hanya mampu menarik 25 syarikat pada tahun 2000. Siapa yang selamatkan? Najib Razak lah. Beliau menukar MSC daripada meniru Lembah Silikon kepada sebuah entiti yang ada jenama sendiri. Setakat 2016, sudah 800 syarikat beroperasi; 40 daripadanya bertaraf antarabangsa dengan 71% kawasan telah dibangunkan.

Banyak boleh cerita. KLIA, Proton itu semua antara projek yang asalnya gajah putih.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

—-
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.