Macau Scam: Datuk, polis dibebaskan sebelum ditahan semula

0
1683
Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu.

Lelaki bergelar Datuk yang menjadi dalang Macau Scam dan perjudian serta terbabit dalam pengubahan wang haram bersama pegawai dan anggota polis sudah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, semua baki tahanan reman kes siasatan pengubahan wang haram itu dibebaskan SPRM petang tadi.

“Bagaimanapun lapan dari mereka kemudian ditahan semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Bukit Aman) untuk siasatan.

“Tujuh pegawai dan anggota polis serta Datuk terbabit yang juga suspek utama kes pengubahan wang haram ditahan sebaik mereka dibebaskan di luar kawasan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun seorang lagi suspek utama bergelar Datuk Seri tidak ditahan oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penangkapan kesemua lapan individu terbabit.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.


BACA juga:

SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.