LTTE : BERINGAT SEBELUM KENA

LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam ini ramai orang tidak tahu. Walaupun telah berkubur dengan terbunuh ketuanya Thiruvenkadam Velupillai Prabhakaran pada 19 May 2009 oleh tentera Sri Lanka, namun percubaan untuk menghidupkannya semula kini dikatakan berlaku di Eropah oleh bekas pemimpin LTTE yang terlepas lari pada tahun 2009 dan juga dari kalangan etnik Tamil luar negara termasuk di Malaysia.

100 orang pengganas tegar LTTE telah berjaya melepaskan diri ke India atau melaluinya ketempat lain pada tahun 2009.

Di tubuhkan pada 5 /5/1976, LTTE ketika itu mendapat dana sekitar USD 200-300 juta setahun melalui sumbangan daripada expatriate Tamil diseluruh dunia, peras ugut, rompakan bank, perkapalan, jualan senjata haram dan cukai dari penduduk kawasan Sri Lanka yang diduduki mereka di utara dan timur laut Sri Lanka.

Tujuan mereka adalah penubuhan Tamil Eelam, sebuah negara bebas etnik Tamil di wilayah utara dan timur laut Sri Lanka.

Sri Lanka adalah sebuah negara dimana 74.9% adalah Sinhalese Buddha, 11.2% Tamil Hindu dan 9.7% adalah Muslim termasuk didalamnya bangsa Melayu Sri Lanka, sekitar 0.2% (40,189) dari jumlah penduduk Sri Lanka yang telah datang kesana bersama raja Melayu, Chandrabhanu Sridhamaraja, yang menakluk utara Sri Lanka pada tahun 1247 juga di bawa oleh Belanda (1640-1796) kemudian British (1796-1948).

Anda tidak akan dapat mengenali jenerasi Melayu 1247 kerana telah di serap sepenuhnya kedalam masyarakat tempatan. Jenerasi penghijrahan tahun 1640-1948 dipanggil Melayu Sri Lanka (Sinhalese: ශ්‍රී ලාංකා මැලේ, Ja Minissu bermakna “Javanese” atau Jawa) beragama Islam Sunni masih ketara tradisi mereka walaupun pertuturan Bahasa Melayu mereka bagi saya agak sukar difahami. Pembicaraan mereka terlalu pantas dan susunan ayatnya terbalik dengan perkataan Melayu tua.

Dizaman kemuncak keganasannya, mengikut lapuran FBI pada 10 Jan 2008, LTTE merupakan antara pertubuhan terrorist terganas di dunia. Dalam sejarah terrorist moden mereka adalah pertama memperkemaskan unit pengebom berani mati. Mereka adalah organisasi pertama dunia mencipta talipinggang bomb (suicide belt), menggunakan wanita sebagai suicide bomber dan menggunakan kanak kanak dalam operasi serangan dan pembunuhan. Mereka telah membunuh dua pemimpin dunia. Al Qaeda, ISIS, Hezbollah dan Hamas pun tidak pernah membunuh pemimpin dunia.

Mereka bertanggung jawab membunuh bekas PM India, Rajiv Gandhi bersama 14 orang lain pada 21/5/1991 jam 10:10 pm di Sriperumbudur, Tamil Nadu, India. Suicide bomber yang membunuhnya adalah wanita dari LTTE bernama Thenmozhi Rajaratnam, dikenali juga sebagai Dhanu.

Rajiv adalah dalam kempen PRU India
dan mengatakan jika dipilih dia akan menghantar semula Indian Peace Keeping Force (IPFK) untuk melucutkan senjata LTTE. IPFK pada waktu itu baru saja tamat perkhimatan mereka di Sri Lanka Utara pada bulan Mac 1990.

LTTE pada awal penubuhannya dibantu oleh Jabatan Perisikan Luar India dikenali sebagai RAW (Research and Analysis Wing- : Anusaṃdhān Aur Viśleṣaṇ Viṅg) diantara 1983-1987 dimana kem latihan mereka terdapat di Tamil Nadu. Mereka kemudian mengambil alih sebagai pasukan pengaman (IPKF) apabila persetujuan dengan kerajaan Sri Lanka di perolihi melalui Indo-Sri Lanka Peace Accord di tandatangani di Colombo pada 29 July 1987, diantara PM India, Rajiv Gandhi dan President Sri Lanka J. R. Jayewardene.

Perjanjian tersebut dijangka menyelesaikan Perang Saudara Sri Lanka dengan membolehkan Pindaan Ke-13 kepada Perlembagaan Sri Lanka dan Akta Majlis Daerah 1987. Di bawah syarat-syarat perjanjian, Colombo bersetuju untuk penyisihan kuasa ke wilayah yang di tuntut, tentera Sri Lanka akan kembali ke berek mereka di utara dan pemberontak Tamil akan menyerahkan senjata mereka. LTTE bagaimanapun enggan meletakkan senjata dan meneruskan tuntutan penuh keatas wilayah yang dipanggil Tamil Eelam.

LTTE mengisytiharkan Perang secara resmi dengan tentera pengaman India (IPKF) pada 7 Okt 1987.

Mereka juga telah membunuh Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa semasa perayaan Hari Buruh pada 1/5/1993 jam 12:45 pm di Colombo Utara bersama 17 orang lain. Suicide bomber kali ini adalah seorang pemuda LTTE, dimana di mulutnya dari kepala yang putus ditemui “capsul cynide”— biasa dibawa oleh pengganas LTTE dimana mereka diperintahkan oleh Prabhakaran membunuh diri andainya ditawan dalam setiap operasi. Setiap pengganas LTTE dibekalkan dengan capsul cynide yang di gantungkan sebagai rantai di tengkuk mereka.

Mereka bertanggung jawab melakukan “ethnic cleansing” Muslim dan Sinhalese dikawasan yang mereka kuasai di utara Sri Lanka.

Mereka juga telah melakukan “pembunuhan beramai ramai (massacre)” seperti dibawah . Senarai ini meletakkan nama massacre, tarikh dan angka dihujungnya adalah jumlah orang yang terbunuh didalam kejadian tersebut di Sri Lanka sejak 1990 sahaja.

* 1990 massacre of Sri Lankan Police officers 11 June 1990 Eastern Province 600–774

* Massacre of prisoners in Mulathivu Camp 1996 18 July 1996 Eastern Province 207

* Kattankudy mosque massacre 3 August 1990 Kattankudy, Batticaloa District 147

*Anuradhapura massacre 14 May 1985 Anuradhapura, Anuradhapura District 146

* Habarana bus massacre 17 April 1987 Habarana, Anuradhapura District 127

* October 1995 Eastern Sri Lanka massacres 16 October 1995 Eastern Province 120

* Central Bus Station Bombing 21 April 8. 1987 Pettah, Colombo, Colombo District 113

* Palliyagodella massacre 15 October 1991 Palliyagodella, Polonnaruwa District 109

* 2006 Digampathana bombing 16 October 2006 Digampathaha, Matale District 92–103

* Central Bank bombing 31 January 1996 Colombo, Colombo District 91

* Kebithigollewa massacre 15 June 2006Kebithigollewa, Anuradhapura District 66

* Dehiwala train bombing (1996) 24 July 1996 Dehiwala, Colombo District 64

* Kent and Dollar Farm massacres 30 November 1984 Mullaitivu District 62

* Lionair Flight 602 29 September 1998 off the coast of Mannar District 55

* Gonagala massacre 18 September 1999Gonagala, Ampara District 54

* Assassination of Gamini Dissanayake Ossie Abeyagoonasekera 24 October 1994 Thotalanga, Colombo 52

* Kallarawa massacre 25 May 1995 Kallarawa, Trincomalee District 42

* Aranthalawa Massacre 2 July 1987 Aranthalawa, Ampara District 35

* Assassination of C. V. Gunaratne 8 June 2000 Ratmalana, Colombo District 22

* Air Lanka Flight 512 3 May 1986 Bandaranaike International Airport, Gampaha District 21

* Havelock Road bombing/Assassination of Ranjan Wijeratne 2 March 1991 Havelock Road, Colombo 19

* 1998 Temple of the Tooth attack 25 January 1998 Temple of the Tooth, Kandy 17

* Assassination of Rajiv Gandhi 21 May 1991 Sriperumbudur, Chennai, in Tamil Nadu, India 15

* Assassination of Ranasinghe Premadasa 1 May 1993 Armour Street, Colombo 17

* Kokilai massacre 1 December 1984 Kokilai, Mullaitivu District 11

* Gomarankadawala massacre 23 April 2006 Gomarankadawala, Trincomalee District 6

* 2009 suicide air raid on Colombo 20 February 2009 Colombo, Colombo District 2

Dalam “Pembunuhan Masjid Kattankudy” pada 3/8/1990 mereka telah membunuh 147 orang Muslim yang sedang sujud ketika solat isya di tiga mesjid di Kattankudy, Batticaloa, Sri Lanka. Ketika pembunuhan ini 30 orang terrorist LTTE menyamar sebagai muslim, 10 orang setiap kumpulan membunuh pakai bom tangan dan rifle.

Muslim menjadi mangsa kerana mereka biasanya adalah “sandwich” diantara bangsa pribumi Sinhalese dan Tamil yang maukan kawasan Sri Lanka dimana mereka majoriti.

Serangan keatas Central Bank di Colombo pada 31/1/1996 adalah juga antara paling dahsyat. 91 orang terbunuh, 1400 cedera dan 100 orang menjadi buta untuk selama lamanya.

Keganasan LTTE di Sri Lanka menyaksikan kematian 70,000 orang. Andainya anda ingat mereka telah berkubur lupakan. Ideology mereka tetap hidup dari luar Sri Lanka terutama di kalangan expatriate Tamil. Golongan ini menyalakan api dari belakang.

Penubuhan kerajaan Hindu supremacist di India dibawah Narendra Modi pada 16 May 2014 memberi mereka nafas baru. Narendra Modi memerintah tanpa sebarang parti pembangkang kerana untuk menjadi pembangkang parti mesti memenangi 55 dari 545 kerusi parlimen.
(10%). Parti lawan terdekat, Indian National Congress hanya memperolihi 44 kerusi.

India hari ini pada dasarnya adalah “demokrasi satu parti” dimana lebih 50% dari ahli parlimennya mempunyai rekod jenayah termasuk merogol dan membunuh orang.

Pemuja LTTE di Malaysia sampai hari ini masih ramai. Anda kenal siapa mereka yang cuba menghidupkan LTTE di Malaysia. Antaranya adalah Timbalan Ketua Menteri II P Pinang, P Ramasamy yang pernah berjumpa dan berbincang dengan bekas pemimpinnya yang masih hidup selepas perang, Selvarasa Pathmanathan (dikenali juga sebagai KP) yang telah ditangkap di Tune Hotel, Kuala Lumpur pada 5/8/2009. Selvarasa Pathmanathan adalah pembantu kepada Shanmugalingam Sivashankar (Nickname:Pottu Amman), ketua bahagian Risikan LTTE yang telah terbunuh bersama Prabhakaran pada 19/5/2009 ketika cuba melarikan diri dari Sri Lanka.

P Ramasamy juga adalah ahli jawatan kuasa perlembagaan LTTE yang dilantik pada tahun 2003 dimana ketika itu LTTE telah pun diisytiharkan sebagai pertubuhan terrorist oleh India (1992), USA (8/10/1997, dinaikkan taraf sebagai Specially Designated Global Terrorist pada 2/11/2001) dan UK (29/3/2001). Malaysia hanya mengisytiharkan LTTE sebagai organisasi terrorist pada tahun 2014, 24 tahun setelah mereka melakukan keganasan secara besar besaran.

Pada hari ini 32 buah negara masih meletakkan LTTE sebagai organisasi terrorist walaupun bagi setengah kita yang tidak banyak membaca sejarah mengatakan LTTE telah tidak ujud dan tidak ada apa yang perlu di bimbangkan.

Selvarasa Pathmanathan telah dihantar pulang Ke Sri Lanka oleh kerajaan Malaysia pada tahun yang sama.

Polis setakat ini telah menahan 12 orang termasuk dua orang ADUN DAP, P Gunasekaran dari Seremban Jaya dan G Saminathan dari Melaka.

Belajar sejarah. Jangan semua ambil mudah. Kerana ambil mudahlah orang Melayu selalu kena tipu. Anda boleh bermain politik (untuk dapat undi) tetapi jangan sampai menggadaikan negara dan bangsa anda.

“Beringat sebelum kena”.

Sumber
Facebook Johari Salim
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385746285665427&id=100026901768032