‘Lockdown’ paling lama didunia tetapi gagal bendung pandemik

0
489

Hari ini Malaysia cecah angka 50,000 kes Covid terkumpul bagi setiap satu juta penduduk.

Dan hari ini juga, Malaysia buat kali pertama melepasi Indonesia bagi jumlah kematian terkumpul bagi setiap satu juta penduduk.

Kesimpulannya, Malaysia adalah paling tinggi dalam ASEAN bagi:
– kes baharu hari ini (tanpa mengambil kira saiz penduduk).
– kes aktif terkini
– kes baharu berbanding saiz penduduk
– kematian baharu berbanding saiz penduduk
– kes aktif berbanding saiz penduduk
– jumlah kes Covid kumulatif berbanding saiz penduduk
– jumlah kematian kumulatif berbanding saiz penduduk

Kita kedua paling tinggi bagi kematian baharu hari ini (339 nyawa) di belakang Indonesia (559 kematian) tetapi saiz penduduk Indonesia adalah 9 kali ganda lebih besar berbanding Malaysia.

Bukan hanya di ASEAN tetapi Malaysia adalah negara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu dan kematian baharu Covid.

Kita juga negara dengan lockdown yang paling lama tempoh dilaksanakan dalam dunia.

Biarpun itu, satu daripada setiap 20 penduduk Malaysia juga pernah atau sedang positif Covid.

Inilah cabaran yang menanti PM9 dan kabinet baharu.

Supaya negara kita tidak lagi Juara Covid ASEAN dan jaguh Covid dunia.

Kita TIDAK BOLEH GAGAL LAGI.

Failure is not an option.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.