Lima beradik jadi yatim piatu kerana Covid-19

0
491
Lima beradik jadi yatim piatu kerana Covid-19

PETALING JAYA – Lima beradik hilang tempat bergantung selepas kehilangan kedua ibu bapanya yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Kisah pilu itu dikongsi sendiri oleh adik kepada ibu lima beradik tersebut, Mohd. Ariff Hafizan di laman Facebook miliknya hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook itu, difahamkan, ibu kepada lima beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas bertarung nyawa melawan wabak Covid-19 sejak 29 Jun lalu.

Lebih memilukan, wanita dikenali sebagai Ida Haryanie Abdul Razak itu menghembuskan nafas terakhir hampir dua bulan selepas suaminya, dikenali sebagai Mohd. Nasir Tahal turut meninggal dunia kerana wabak Covid-19 pada 11 Ogos lalu.

“Memang along kotakan kata-katanya hendak berada di sisi abang Nasir, hari ini mereka berada bersama di tempat yang sama. Selamanya.

“Berehatlah along. Terlalu lama along melawan kesakitan. Kat sana along sihat balik, kuat macam biasa. Jumpa abang Nasir balik bercintalah macam sebelum ini. Tunggu kami semua kat sana long, kami sayang along,” tulis hantaran itu.

Difahamkan, pasangan itu meninggalkan lima orang cahaya mata yang masih kecil berusia antara 11 hingga 3 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu anak-anak ini boleh salurkan sumbangan ke akaun 162469188913 (Maybank) atas nama Mohd. Ariff Hafizan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.