HomeBERITALim Guan Eng didakwa esok

Lim Guan Eng didakwa esok - huluselangor.com

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi mengesahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditahan berhubung siasatan kes terowong Pulau Pinang.

Difahamkan Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan tiba hadir di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.10 malam dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mendapat izin Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu esok di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sejak Julai lalu, Guan Eng sudah dipanggil ke ibu pejabat SPRM sebanyak tiga kali bagi mendapatkan petunjuk terbaru melibatkan kes pembinaan terowong bawah laut Pulau Pinang yang menelan kos RM6.3 bilion.

Sehingga kini, lebih 12 individu telah disoal siasat berhubung kes penyelewengan berkenaan termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh.

SPRM juga difahamkan turut mengadakan serbuan ke pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy di Komtar, Pulau Pinang.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam direman selama empat hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut terbabit.

HomeBERITALim Guan Eng didakwa esok

Berkaitan

POPULAR