LID – Negara Afrika Berminat Dengan GTP Dan ATP ~ huluselangor.com

 

Tertarik dangan dasar pembangunan Malaysia seperti Pelan Transformasi Kerajaan, GTP Dan Program Transformasi ekonomi, ETP, negara Afrika berminat untuk menghantar 2 pegawai mereka untuk belajar lebih banyak bagaimana program ini boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Perkara itu dinyatakan bekas Penasihat Sains Perdana Menteri, Tan Sri Dr Omar Abdul Rahean selepas taklimat oleh Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Pemandu di Pejabat Perdana Menteri.

Tachimat $isampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawaa Eksekutif Pemandu.

Sesi tertutup selama 2 jam ini antara lain membentangkan prinsip konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Diikuti program Tranformasi Kerajaan G-T-P, Program Transformasi Ekonomi, ETP dan Model Baru Ekonomi.

Sesi kemudian diikuti soal-jawab oleh pemimpin Afrika, berkisar matlamat Malaysia ke arah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020

Ditubuhkan pada 2009, objektif utama Pemandu, memantau pelaksanaan, meniLai perkembangan, memudah dan menyokong sistem penyampaian dan memacu ke arah GTP dan ETP.

 

HomeBERITALID - Negara Afrika Berminat Dengan GTP Dan ATP

Berkaitan

POPULAR