Lelaki Kaki Botol Belasah Isteri Hingga Mati di Hulu Bernam ~ huluselangor.com

Di Hulu Selangor, seorang wanita dibelasah hingga mati oleh suaminya yang dipercayai kaki botol.

Pergaduhan antara ahli keluarga itu dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah malam tadi di Kuarters Jabatan Haiwan Hulu Selangor.

Mangsa, Surmit Kaur, 41, seorang peniaga nasi lemak di pekan Hulu Selangor, dipercayai dibelasah di bilik tidurnya, sebelum mayat ditemui anak bongsunya yang berusia 11 tahun, 8 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Norel Azmi Yahya Afendi, ketika kejadian, ahli keluarga yang lain termasuk nenek yang berusia 90 tahun ada di rumah.

Polis tidak menolak andaian, pengaruh alkohol menjadi punca pertengkaran antara ahli keluarga terbabit.

Mangsa cedera di muka dan kepala akibat ditumbuk dengan benda tumpul.

Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui.

Suami mangsa berusia 51 tahun, ditahan bersama kakaknya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

HomeBERITALelaki Kaki Botol Belasah Isteri Hingga Mati di Hulu Bernam

Berkaitan

POPULAR