HomeBERITALelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali - huluselangor.com

KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT DALAM KES KETUM

HULU SELANGOR, Pada jam lebih kurang 1800 hrs 08.12.2023, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor.

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.30(3) AR 1952.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera keatas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis. Kerjasama daripada masyarakat amat dialu-alukan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif serta selamat selaras dengan moto pasukan PDRM *Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada*

#makehuselsecure
#PolisDaerahHuluSelangor

 

HomeBERITALelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Berkaitan

POPULAR