HomeBERITALaporan Najib Disiasat Polis

Laporan Najib Disiasat Polis - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan susulan laporan polis dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendakwa tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Mynewshub.tv

Menurutnya, semua pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Najib membuat laporan polis pada 8 September lalu selepas menerima maklumat pegawai LHDN menerima tekanan daripada ahli politik yang mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Najib mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196 dan Seksyen 197 Kanun Keseksaan serta Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendakwa menerima maklumat mengenai denda cukai tambahan yang dikenakan terhadap dirinya.

Dakwanya, ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan supaya penalti cukai diteruskan terhadapnya atas arahan ahli politik tertentu.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntutnya membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Berikutan itu, pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada kerajaan Malaysia. – myMetro Online

HomeBERITALaporan Najib Disiasat Polis

Berkaitan

POPULAR