HomeBERITA"Kita Akan Berusaha Mengubat Luka" - Saarani

“Kita Akan Berusaha Mengubat Luka” – Saarani - huluselangor.com

KUALA KANGSAR – “Kita akan berusaha mengubat luka jika ada dan memperbaiki kelemahan dalam hubungan ketiga-tiga parti ini.”

Demikian iltizam Menteri Besar Perak yang baharu dilantik, Datuk Saarani Mohamad, ketika mengulas hubungan di antara pemimpin UMNO, BERSATU dan PAS di Perak.

Katanya, beliau sedia menyatukan semula hubungan semua pemimpin membabitkan ketiga-tiga parti itu demi melicinkan pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya.

Pada sidang media pertama selepas mengangkat sumpah ke jawatan itu, beliau berkata akan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi (UMNO, BERSATU dan PAS) sudah menandatangani persetujuan untuk bekerja bersama, bermakna kita sudah bersiap sedia menyatukan hati-hati pemimpin dalam ketiga-tiga parti ini.

“Selepas ini kita akan berusaha untuk mengubat luka jika ada. Kita akan perbaiki kelemahan dalam ketiga-tiga parti ini,” katanya turut memaklumkan kerajaan pimpinannya akan memberi fokus menangani isu COVID-19 serta kebajikan rakyat. 

Beliau juga menjelaskan, inti pati Belanjawan 2021 negeri yang sudah disediakan kerajaan di bawah kepemimpinan Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak diubah menjelang pembentangan yang dijadualkan Rabu depan. – BH Online

HomeBERITA"Kita Akan Berusaha Mengubat Luka" - Saarani

Berkaitan

POPULAR