[UHStv] Khazanah Nasional: Belum kenalpast tapi boleh juga menjarah dan menjual tunai dan aset?

Keangkuhan dan penipuan berterusan Guan Eng memang tak boleh bawa bincang.

Dia ditanya apa langkah kerajaan untuk menampung hutang RM2 bilion untuk 5 syarikat milik Kementerian Kewangan yang ditimbulkan dalam laporan audit tahun 2018.

Guan Eng jawab… “itulah, kerajaan lama yang buat hutang tapi kerajaan baru yang perlu tanggung”.

Tapi bila ditanya mengenai nilai aset negara yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu, dia jawab:

“Belum dikenalpasti”.

Ye lah tu.. masih belum kenal pasti selepas 18 bulan memerintah tapi RM82 bilion dari rizab tunai RM173 bilion PETRONAS sudah ambil.

RM40 bilion dari aset-aset negara yang dibina oleh kerajaan BN sudah dijual oleh kerajaan PH walaupun belum “kenal pasti:.

Belum kenalpast tapi boleh juga menjarah dan menjual?

Sedap dia angkat aset-aset lama ratusan bilion peninggalan kerajaan BN dahulu tapi bila hal hutang RM2 bilion ada masalah, dia meroyan pula.

Najib Razak:
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156458068665952/