“Ketahuilah ia kerosakan yang besar..”- Hantaran sahabat baik Ebit Lew curi perhatian warganet

0
591
“Ketahuilah ia kerosakan yang besar..”- Hantaran sahabat baik Ebit Lew curi perhatian warganet

Kontroversi yang melanda pendakwah Ustaz Ebit Lew (UEL) semakin hangat apabila pendakwah terkenal itu bersama isterinya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis minggu lalu.

Baru-baru ini, pendakwah Firdaus Wong pula tampil membuat laporan polis menafikan dirinya sebagai penyebar utama video tidak senonoh didakwa milik UEL.

Terbaru, sahabat baik kepada UEL, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria telah tampil memberikan komen mengenai isu ini.

Menerusi laman Facebook, Aniza dilihat menulis nasihat dan pesanan buat UEL dan juga buat mereka yang terlibat dalam kes ini.

“Buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew, seandainya apa dikatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkan kamu daripada segala kesulitan hidup dan kesakitan yang kau tanggung sehingga melakukan kerosakan sebegini besar, ketahuilah ia kerosakkan yang besar.

“Seandainya ia merupakan fitnah ke atasmu, semoga Allah menganjarimu dengan sebanyak-sebanyak kebaikan yang tak terhitung.

“Pasti ada ubat dan penawar, ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat, terlalu ramai ingin menolong kamu, sangat ramai,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aniza turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu taasub dalam mempercayai sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengeji. Boleh jadi tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.

“Dan bilamana tuan puan menuduh org lain membuat fitnah ke atas Ebit Lew, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah orang-orang tersebut yang menjumpai kebenaran,” tulisnya lagi.

Di akhir pesanannya, Aniza turut meminta mangsa gangguan seksual yang terlibat untuk berani tampil ke hadapan jika benar mempunyai bukti yang kukuh dan berani kerana benar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.