Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai

0
486

HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil,” katanya semalam.

Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Berita sebelumnya:
Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak
https://huluselangor.com/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-rakan-terjatuh-dalam-sungai-di-pertak

Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali sudah ditemui
https://huluselangor.com/mayat-mangsa-lemas-di-sungai-balak-batang-kali-sudah-ditemui/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.