HomeBERITAAMKes pertama Omicron dikesan di Malaysia

Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia - huluselangor.com

ementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes pertama varian baharu, COVID-19, Omicron telah dikesan di negara ini, semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes tersebut melibatkan seorang pengembara bukan warga negara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Katanya, individu terbabit yang juga seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA.

“Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian Omicron pada 24 November lalu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa KLIA sebagai inisiatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh.

“Sehubungan itu, IMR telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 74 sampel positif COVID-19 yang dikesan di KLIA dari tempoh 11 hingga 28 November.

“Ujian PCR Genotyping Assay dijalankan bagi mendapatkan keputusan awal jenis varian,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, ujian PCR Genotyping Assay itu telah mengesan satu daripada sampel yang berkemungkinan besar adalah VOC Omicron.

“Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian tersebut semalam,” katanya.

Khairy memberitahu, individu terbabit juga telah melengkapkan dua dos vaksinasi dari jenis Pfizer pada 29 September lalu sebelum pulang ke Afrika Selatan.

“Kes mendapat vaksin di Malaysia sewaktu dia belajar di sini sebelum balik melawat keluarganya di sebuah wilayah di Afrika Selatan.

“Sepanjang dalam tempoh kuarantin, dia tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

Selepas pengesanan tersebut beliau berkata, individu terbabit diarahkan menjalani kuarantin wajib di sebuah apartmen di Ipoh, Perak yang disediakan pihak universitinya.

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut selama 10 hari. Dua rakan serumahnya juga diminta tinggal di rumah lain sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dia patuh kepada perintah yang dikeluarkan. Kes telah tamat kuarantin dan dipotong gelang di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta pada 29 November lalu,” katanya.

Tegas beliau, lima individu yang dikesan sebagai kontak rapat turut diarahkan menjalani kuarantin wajib.

“Individu terbabit termasuk pemandu bas disediakan pihak universiti yang dinaiki pelajar tersebut.

“Namun ujian sampel pertama dan kedua mereka disahkan negatif,” katanya.

Namun Khairy berkata, pelajar terbabit dipanggil semula hari ini bersama tujuh lagi kontak rapat untuk menjalani ujian RT-PCR bagi memastikan mereka bebas virus itu.

Tujuh kontak rapat berkenaan adalah dua rakan serumahnya, tiga pelajar (bersama dengan kes ini), seorang pemandu bas dan seorang staf universiti.

“Kita masih jalankan pengesanan kontak mendalam terhadap kes ini seperti siapa terlibat dan siapa berada di persekitaran kes tersebut.

“Ini termasuk mereka yang berada dalam pesawat sama dan kawasan daftar masuk sama di KLIA. Siasatan masih dijalankan.

“Namun kita dapati tiada peningkatan kes mendadak berlaku di Ipoh, Perak atau di mana-mana kes ini telah hadir,” katanya. – Getaran, 3 Disember 2021

Original Article

HomeBERITAAMKes pertama Omicron dikesan di Malaysia

Berkaitan

POPULAR